Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AirBar, Ubah Skrin Komputer...

REKAAN Windows akhir-akhir ini boleh dikatakan agak mesra untuk skrin sentuh, dan mungkin anda...

TPM Bangga Anak Malaysia...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan...

Singapura Had Duit Syiling...

KETAT... Ekoran banyak kes tular pelanggan sindir peniaga tertentu dengan bayar guna berguni-guni...

Masih Budak Tapi Dah...

'LAMBAKAN' iklan cari jodoh di laman sosial seperti Facebook bukan sahaja digunakan oleh...

UM Buat Laporan Polis Graduan Biadab

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam.

UM dalam kenyataannya berkata, pihaknya kini menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sekali gus mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, kelakuan graduan berkenaan biadab dan tidak dapat diterima sama sekali.

“UM telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut hari ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat serta tindakan lanjut yang sewajarnya diambil.

“Kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol serta kelancarannya. Ia juga mencemarkan nama baik Universiti Malaya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, para graduan dan seluruh warga UM,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebagai sebuah universiti diiktiraf dunia antara yang terbaik, UM sentiasa mendukung prinsip kebebasan bersuara.

“Bagaimanapun, sebagai institusi pengajian tinggi yang menggalas amanah untuk mendidik generasi masa depan, kami juga percaya bahawa apa jua tindakan berlandaskan prinsip tersebut perlu dilakukan pada tempat dan dengan cara yang betul.


“Menjadi tanggungjawab universiti juga bagi memastikan para mahasiswa yang kami asuh dan didik bukan sahaja akan menjadi individu yang berpengetahuan.

“Tetapi lebih penting lagi dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk menjadi insan yang terdidik dan berakhlak serta menghormati prinsip ‘kesopanan dan kesusilaan’ dan arif akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat dan warga sebuah negara berperlembagaan,” katanya.

Semalam, seorang mahasiswa UM melakukan protes berani dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya sejurus selepas menerima skrol ijazah.

Graduan itu berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.

Tindakan itu dipercayai bagi membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr. Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu. – Sinar Harian

Kategori