Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ibrahimovic Beri Bayangan Sertai...

ZLATAN IBRAHIMOVIC memberi bayangan bahawa dia bersedia bermain untuk Sweden pada Piala Dunia...

Lebih 5 Juta Pelajar...

KUALA LUMPUR – Penubuhan pusat pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dijangka...

AGC Masih Pertimbang Surat...

Jabatan Peguam Negara (AGC) masih mempertimbangkan surat representasi dalam kes dadah terhadap seorang...

Peniaga Bazar Ramadan Nafi...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan peniaga bazar tanpa lesen yang dikenali sebagai 'peniaga rembo’...

UMNO Setuju Sertai Kongres Maruah Melayu

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai rombongan wakil UMNO ke Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung di Shah Alam Ahad ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah diputuskan atas dasar menghormati penganjuran berkenaan.

“Kita merasakan kongres itu dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Maka kita rasakan penglibatan UMNO akan memberi sedikit sumbang saran untuk menghormati penganjuran program berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata tidak dapat memenuhi jemputan ke kongres berkenaan kerana mempunyai komitmen lain yang telah ditetapkan lebih awal.

“Saya ada komitmen awal untuk rasmikan konvensyen UMNO Melaka dan merasmikan Pemukiman Puteri UMNO Malaysia seluruh negara pada hari sama,” katanya.


Sementara itu Annuar dalam satu kenyataan berkata, UMNO menghormati pihak penganjur iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang difahamkan mengambil inisiatif membincangkan isu-isu berkaitan orang Melayu.

“Sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu dan sebagai pelopor bersama Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS, UMNO berlapang dada dan mengambil sikap terbuka untuk hadir dan mengikuti perkembangan dan perbincangan yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan negara yang menjadi sebahagian daripada teras utama dalam perjuangan UMNO itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini PAS memutuskan akan menyertai Kongres Maruah Melayu diwakili oleh Presidennya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Sinar Harian

Kategori