Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video COO Felcra Jerit...

SATU klip video yang memaparkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra Berhad, Mohd. Khairi...

Peniaga Dipenjara 6 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga ayam goreng dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah...

Penggubal Dasar Perlu Manfaatkan...

PUTRAJAYA - Penggubal dasar tidak sepatutnya gerun dengan penyelidikan, sebaliknya perlu memanfaatkan hasilnya...

9 Maut Minum Arak...

BANDUNG - Sembilan orang maut dan 19 lagi dirawat di hospital selepas meminum...

Utusan Akan Diuruskan Sebuah Syarikat Baharu – Mahathir

KUALA LUMPUR – Sesetengah petugas Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad akan diambil semula bekerja di bawah pengurusan baharu Utusan, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Utusan akan diuruskan oleh sebuah syarikat baharu. Mengenai petugas yang terlibat, sesetengah mereka akan diambil semula bekerja di bawah Utusan baharu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran solusi bumbung solar pertama oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di negara ini dikenali sebagai M+ oleh Petronas.

Dr. Mahathir ditanya mengenai akhbar Melayu tertua di negara ini, Utusan Malaysia yang dihentikan penerbitannya sejak semalam dengan para petugasnya diberitahu agar mengemas barang masing-masing dan meninggalkan pejabat dalam notis yang singkat.

Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir semalam mengeluarkan memorandum yang menyebut syarikat berkenaan akan dihentikan operasi pada 9 Oktober manakala hari terakhir perkhidmatan kepada pekerja ialah 31 Oktober.

Abd Aziz berkata, lembaga pengarah Utusan meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn. Bhd. sebagai pelikuidasi interim pada 7 Oktober kerana syarikat berkenaan tidak lagi boleh meneruskan perniagaannya.

Penutupan ke atas Utusan yang ditubuhkan 80 tahun yang lepas selepas Aurora Mulia Sdn. Bhd., sebuah syarikat dikaitkan dengan taikon perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary memperoleh pemilikan 70 peratus dari anak syarikatnya Dilof Sdn. Bhd.

Kategori