Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Nestle Malaysia Dijangka Buat...

KUALA LUMPUR : Nestle (Malaysia) Bhd dijangka membuat pelarasan harga produk tertentu bermula...

Jangan Takut Hudud, Hayati...

KUALA LUMPUR - Undang-undang hudud bukan untuk membebankan tetapi ia berupaya memperbaiki keadaan...

Jawatankuasa Royalti Kelantan Urus...

KOTA BHARU - Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan akan menguruskan hal-hal berkaitan tuntutan, pembayaran...

Najib Masuk Hospital, Perbicaraan...

Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam kerana menghadapi masalah kesihatan...

Utusan Melayu: Ambil Semula Kakitangan, Bayar Pampasan

AMPANG – Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) meminta pengurusan baharu akhbar itu mengambil kembali lebih 800 kakitangan yang ketika ini diberi cuti tanpa gaji sehingga hujung bulan.

Presiden KVUM, Tan Sri Khalid Yunus, berkata tuntutan kos perjalanan dan perubatan kakitangan akhbar berkenaan juga perlu dilunaskan secepat mungkin bagi memastikan kelangsungan hidup individu berkaitan.

“KVUM minta pengurusan baharu akhbar serap kembali lebih 800 pekerja itu.

“Ini sudah menyentuh soal kemanusiaan. Fikirkan jika seorang pekerja perlu menampung tiga lagi ahli keluarganya, ia sudah memberi kesan kepada kelangsungan hidup kira-kira 3,200 orang.

“Kalau tidak boleh ambil semula semua pekerja itu, yang bakinya perlu dibayar wang pampasan sewajarnya mengikut tempoh perkhidmatan. Segala hutang syarikat dengan pekerja (tuntutan kos perjalanan dan perubatan) juga perlu dilunaskan segera,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir puluhan ahli KVUM, termasuk bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Johan Jaaffar.

Mengulas lanjut, Khalid berkata pihaknya turut menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk meneliti sama ada proses tindakan Utusan Melayu yang memilih Penggulungan Sukarela Pemiutang dibuat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada atau sebaliknya.


“Saya tidak ada sangkaan buruk atau menuduh mana-mana pihak membabitkan hal ini.

“Dalam suasana dan keadaan begini, biar apa sahaja keputusan dibuat secara betul dan telus kerana ia membabitkan soal kemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, Johan berkata pihak pengurusan baharu itu perlu mengangkat kembali martabat akhbar berkenaan sebagai institusi perjuangan anak Melayu.

“Mereka yang ambil alih pengurusan Utusan perlu teruskan legasi ditinggalkan kakitangan sebelum ini yang meletakkan akhbar ini sebagai platform suara anak Melayu.

“Dalam hal ini juga, jangan hanya selamatkan jenama dan lesen perniagaan sebaliknya melihat aspek kebajikan pekerja sedia ada,” katanya. – BH Online

Kategori