Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

106 Kes Baharu COVID-19...

KUALA LUMPUR - Terdapat 106 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan kes positif...

‘Harta Karun’ Zaman Kesultanan...

MELAKA - Beberapa serpihan artifak dan syiling dipercayai berusia lebih 900 tahun yang...

Innalillah, Nenek Jokowi Meninggal...

NENEK kandung kepada Presiden Joko Widodo, Sani Wirejo dilaporkan telah meninggal dunia dalam...

Aliran Trafik L/raya Utara-Selatan...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke ibu kota dilaporkan...

“WKB2030 Hadiah Untuk Anak Cucu Kita” – Mahathir

KUALA LUMPUR – Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) adalah hadiah dan milik anak cucu Malaysia pada hadapan kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, wawasan itu tidak akan mengetepikan hak dan masa depan bumiputera seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, kerajaan memahami bumiputera masih ketinggalan dalam banyak perkara namun Kemakmuran Bersama bermaksud mereka tidak ditinggalkan dan perlu dibangunkan supaya lebih kompetitif.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bumiputera tidak boleh hanya menunggu bantuan dan sokongan kerajaan.

“Apabila kita faham kita ketinggalan kita harus sedar untuk lari dengan lebih laju mengejar mereka yang di hadapan.

“Pelaksanaan WKB akan meliputi semua rakyat Malaysia. Namun begitu, selaras dengan konsep kesaksamaan yang mendasari usaha ini beberapa kumpulan akan diberi keutamaan supaya kedudukan sosioekonomi mereka dapat dibaik pulih.

“Kumpulan sasaran berkaitan termasuk kumpulan B40, masyarakat dalam transisi ekonomi, masyarakat Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Kurang Upaya (OKU), belia, wanita, kanak-kanak dan warga emas,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri lain.

Dr. Mahathir juga Malaysia dapat berubah dari penyampaian kerja yang hanya berasaskan output dan pencapaian kepada Negara yang berasaskan impak dan keberhasilan.

“Indeks Prestasi Utama harus berubah kepada Indikator Pencapaian Utama (KRI) yang boleh dinilai sebagai contoh dari sudut peningkatan pendapatan, penciptaan pekerjaan atau nilai tambah perniagaan dan sebagainya.


“Bagi mencapai hal ini, sistem pemantauan dan pelaporan terutama di peringkat kerajaan harus dinaik taraf dan diperkukuhkan.

“Wawasan Kemakmuran Bersama hendaklah dinilai berdasarkan keberhasilan bagi setiap menteri, kementerian dan agensi seterusnya kepada pelbagai institusi kerajaan dan swasta,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, WKB2030 adalah Kerangka Hala Tuju Negara bagi tempoh 2021 sehingga 2030 dan menjelang tahun depan, wawasan itu akan dilaksanakan sepenuhnya tanpa perlu melakukan terlalu banyak penjajaran semula.

“Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi telah dipertanggungjawabkan untuk melengkap dan menyediakan Wawasan Kemakmuran Bersama ini dan telah dibentang dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 14 September 2019.

“Selepas ini, wawasan akan diterjemahkan kepada strategi dan tindakan yang akan dijajarkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang akan diumumkan pada tahun hadapan.

“Wawasan ini akan dimulakan seiring dengan Belanjawan Kemakmuran Bersama 2020 yang akan diumumkan tidak lama lagi dan akan menjadi titik permulaan supaya ia dapat dilaksana sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13 kelak,” katanya.

WKB2030 dicadangkan dan dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Masa Depan Malaysia (MASA) pada September 2018 dan diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia ke 11 pada 18 Oktober 2018.

Wawasan itu ialah iltizam kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, politik, wilayah dan rantaian bekalan.

Kategori