Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

H5N1: JPVK Lupus 35,999...

KOTA BHARU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK) melupuskan sebanyak 35,999 unggas dan...

Keputusan DNAA Zahid Kekal,...

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan...

Hairi Miliki Potensi Sebagai...

KUALA LUMPUR – Pengendali pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin...

UniMAP Dipilih Sebagai Perintis...

KUALA PERLIS - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipilih sebagai universiti pertama ditawarkan kursus...

1MDB: Hakim Tarik Diri Dengar Kes Lucut Harta Obyu Holdings

KUALA LUMPUR – Permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn. Bhd. berjumlah RM680 juta akan didengar di hadapan hakim baharu.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menarik diri daripada mendengar permohonan itu.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu dalam kamar hakim hari ini.

“Yang Arif berpendapat adalah tidak sesuai bagi beliau untuk mendengar permohonan ini (lucut hak) kerana beliau sedang mendengar perbicaraan kes 1MDB yang sedang berlangsung.

“Yang Arif menetapkan tarikh 9 Dis untuk pengurusan kes di hadapan hakim lain bagi mendengar permohonan berkaitan Obyu Holdings dan lain-lain pihak ketiga dalam permohonan berkenaan iaitu UMNO dan Global Royalty Trading SAL,” katanya.

Obyu Holdings dimiliki Tan Sri Bustari Yusof, adik bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Bustari adalah orang kepercayaan rapat Najib.

Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu, kerajaan antaranya menyita sebanyak 11,991 unit barang kemas, jam tangan 401 utas dan 16 unit aksesori jam tangan, cermin mata 234 unit dan 306 beg tangan serta wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar barangan mewah yang dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki oleh Obyu Holdings. Selain itu, sebuah hartanah di sebuah Daerah Kuala Lumpur turut disita pada 1 November 2018.


Muhammad Shukri turut memaklumkan permohonan oleh firma barang kemas Global Royalty Trading SAL yang memohon untuk menjadi pencelah dan memeriksa barangan kemas yang disita akan didengar di hadapan hakim lain pada tarikh sama.

“Setakat ini kami dimaklumkan pemeriksaan barangan kemas itu akan dilakukan oleh peguam mewakili Global Royalty, Datuk David Gurupatham, Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor,” katanya.

Najib dan Rosmah yang merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu masing-masing diwakili peguam Iskandar Shah Ibrahim dan Syahirah Hanapiah.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan selaku pemohon terhadap Obyu yang dinamakan sebagai responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata SPRM memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun Najib.

Kategori