Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Mahu Anwar...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah...

Otak Kelawar “Mendidih” Australia...

SYDNEY – Ratusan ekor kelawar mati akibat cuaca yang terlampau panas di Australia,...

Lelaki Ditahan Kerana Menyamar...

MUAR - Seorang lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis serta cuba mencabul...

Sultan Ibrahim Diberikan Taklimat...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

2 ADUN DAP Kembali Sertai Jawatankuasa Parti

IPOH – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang ‘merajuk’ selama dua bulan dengan pimpinan DAP Perak umum kembali semula ke dalam jawatankuasa negeri hari ini selepas meletakkan jawatan sebelum ini.

ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng berkata, keputusannya bersama ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih itu setelah dipujuk dan dinasihat Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong supaya kembali ke dalam Jawatankuasa DAP Perak.

Menurutnya, keikhlasan yang ditunjukkan oleh Choo Kiong menyebabkan mereka menimbang semula keputusan meletakkan jawatan sebelum ini.

“Selain itu, kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah suatu ‘wake up call’. Kami berpendapat bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk memperkukuhkan kedudukan dan imej DAP Perak.

“Sebagai sebahagian daripada PH, kami percaya sekiranya kami bersatu, kami mampu memperkukuhkan kestabilan kerajaan PH Perak,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Cheok Keng berkata, tindakan untuk kembali bersama dalam jawatankuasa DAP Perak itu juga membolehkan mereka memberi sumbangan kepada negara dengan dasar kerajaan yang baik serta memberi harapan dan masa hadapan yang terbaik kepada rakyat.

Pada 11 September 2019, dua ADUN DAP itu mengumumkan peletakan jawatan di dalam Jawatankuasa DAP Perak.

Keputusan tersebut dibuat kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di dalam akhbar berbahasa Cina berhubung perbincangan dalam PH mengenai kedudukan Choo Kiong sebagai Exco Kerajaan Perak, kerana berdepan pertuduhan merogol pembantu rumah. – Sinar Harian

Kategori