Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rantau Tak Ada Pembangunan...

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad...

Azam Realisasikan Hasrat Penduduk...

LAHAD DATU – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Mizma Appehdullah berazam merealisasikan...

8 Polis Direman Terlibat...

GEORGE TOWN – Lapan anggota polis dan seorang nelayan direman hari ini bagi...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini disebabkan oleh...

2 Anggota Polis Maut Dirempuh Lori

JOHOR BAHRU – Dua anggota polis maut dipercayai dirempuh sebuah lori semasa melakukan kerja mengemas selepas selesai menjalankan tugas sekatan jalan raya berdekatan Tesco Taman Pasir Putih dekat Pasir Gudang awal pagi ini.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada 5.20 pagi itu, empat lagi anggota polis yang bertugas bersama-sama mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, dalam kejadian itu, lori jenis Hino terbabas sebelum merempuh enam anggota polis terbabit dan sebuah kereta jenis Land Rover milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Zainudin Sabani, pihaknya menerima laporan menerusi MERS999 pada 5.20 pagi sebelum menggerakkan dua jentera dengan kekuatan 10 orang.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan meliabatkan sebuah lori jenis Hino dan Land Rover, ketika kejadian anggota PDRM sedang melakukan kerja mengemas selepas selesai menjalankan sekatan jalan raya.

“Terdapat empat anggota polis cedera dan dihantar ke HSI dan dua lagi anggota lain disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kategori