Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Rabun Kronik Jawab...

SEREMBAN - Chow Jia Yin, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menghidap penyakit...

Ah Chai Hina Sukan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Goh Ah...

RUMAWIP Desa Satumas Setaraf...

KUALA LUMPUR - Pembeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Residensi Desa Satumas,...

Jabatan Peguam Negara Kendali...

KUALA LUMPUR – Fail berkaitan isu kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di...

2 Pegawai Jakim Didakwa Bunuh Bayi

PUTRAJAYA – Dua Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) termasuk ibu kepada mangsa dera berumur 23 bulan berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa membunuh bayi tersebut awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Nor Aisyah Mohd Yunus dan Noor Aisyah Ibrahim ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Berdasarkan pertuduhan Nor Aisyah, 37, dan rakan serumah, Noor Aisyah, 33, didakwa mencapai niat bersama membunuh Muhammad Alfateh Hamdi yang berusia 23 bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Fasa 5R4, Presint 5, Putrajaya antara pertengahan September hingga 4 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Peguam Najib Zakaria yang mewakili Nor Aisyah memohon mahkamah supaya anak guamnya dihantar ke Hospital Bahagia untuk penilaian psikiatri kerana wanita itu pernah mengalami postpartum syndrome (meroyan).

“Bagi tertuduh kedua, saya turut memohon mahkamah menghantarnya ke Hospital Bahagia bagi tujuan sama kerana salah seorang ahli keluarganya mempunyai major depression (kemurungan),” katanya yang menyebut bagi pihak peguam, Hamdan Hamzah.


Beliau turut memohon mahkamah merekodkan pihaknya telah mendapat arahan untuk memfailkan permohonan jaminan pada tarikh akan datang.

Majistret, Shah Wira Abdul Halim memerintah kedua-dua tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Zulaaikha Mohd Apandi dan sebutan semula ditetapkan pada 18 Disember depan.

Sebelum ini akhbar melaporkan bayi lelaki berkenaan dibawa oleh kedua ibu bapanya ke Hospital Serdang dengan 89 kesan lebam, lecur, luka, calar lama dan baharu di seluruh badan.

Ibu dan bapa mangsa ditahan di pekarangan hospital berkenaan pada keesokan harinya bagi membantu siasatan.

Kategori