Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

BWF Perlu Beri Alasan...

PETALING JAYA – Persekutuan Badminton Dunia (BWF) perlu memberi alasan kukuh ekoran menghalang...

4 Lelaki Ditahan JAIPs...

KANGAR - Empat lelaki beragama Islam memberikan pelbagai alasan ketika ditahan Jabatan Hal...

Tindakan Tegas Terhadap Pihak...

HULU TERENGGANU - Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan...

Siam 7X – Peranti...

PILIHAN jenama peranti pintar yang mempunyai fungsi dua skrin di pasaran pada masa...

Adira Ubah Fikiran Mohon Cerai Demi Anak-Anak

KUALA LUMPUR – Adira dilaporkan mengubah keputusannya untuk permohonan cerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.

Adnan mengesahkannya menerusi InstaStory tangkapan layar perbualan Whatsapp Adira bersama seorang wanita dikenali sebagai Fira.

Dalam perbualan itu, Adira dikatakan memberitahu Fira, dia berhasrat menarik balik permohonan perceraian demi tiga anaknya.

Adnan dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 2; Assan, 1 tahun dua bulan dan Anggun, tiga bulan.

Untuk rekod, penyanyi berusia 28 tahun itu memfailkan perceraian terhadap Adnan, 49, pada 1 April lalu, tetapi permohonan itu dibantah ahli perniagaan terbabit.


Pada 9 Oktober lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat bagi perbicaraan permohonan cerai.

Hakim Mohd Faizal Habib bagaimanapun, menetapkan 17 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes perceraian itu. – mStar Online

Kategori