Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

ATM Hantar Pasukan Ke...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan hantar pasukannya ke Palu di...

Ciapan Lama Pemimpin PKR...

KUALA LUMPUR – Sejak nama Haziq Abdullah Abdul Aziz tular ekoran penularan empat...

7 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Tujuh kluster baharu penularan Covid-19 dikenal pasti, hari ini membabitkan...

Pembunuh Anak Akhirnya Mati...

London – Seorang wanita berhati kejam, yang menyiksa anaknya yang berusia empat tahun...

ADUN DAP Paul Yong Umum Kembali Bertugas

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini mengumumkan kembali bertugas sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak semula.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Menteri Besar menyokong saya supaya kembali bertugas seperti biasa. Semua penugasan pentadbiran akan kembali seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.

Choo Kiong hari ini membuat penampilan pertama selepas mengumumkan cuti daripada menjalankan tugas rasmi sejak 25 Ogos lalu dengan menjawab soalan lisan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Pada 25 Ogos lalu, beliau membuat keputusan itu bagi memberi tumpuan terhadap perbicaraan atas pertuduhan rogol yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Untuk rekod, Paul Yong berusia 49 tahun itu berdepan tuduhan merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di tingkat atas rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam 7 Julai lalu. – Sinar Harian

Kategori