Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KWSP Nafi Beri Insentif...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti satu mesej tular...

Paus Sperma Terdampar Berjaya...

SEEKOR paus sperma yang terdampar di Pantai Pelabuhan Jangkar, Situbondo, Jawa Timur Jumaat...

Polis Pening, Suspek Jawab...

MACAM ni pun ada... Pasukan polis di Amerika Syarikat terpaksa menghentikan siasatan terhadap...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

IPOH - Polis Perak merampas dadah jenis methamphetamine seberat 1.3 kilogram bernilai RM89,950...

Ahli Parlimen BN Perjelas Tujuan Bertemu Azmin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menemui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman beliau di Putrajaya tempoh hari menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dikhususkan bagi membincangkan isu di kawasan Parlimen masing-masing.

Mereka berkata, pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR itu juga merupakan usaha untuk memastikan segala kepentingan dan keperluan rakyat dapat dipenuhi sebaiknya.

ā€œMalah, seperti dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami langsung tidak berniat untuk tinggalkan parti, apatah lagi sertai parti lain.

ā€œNamun, sekiranya ada pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang ikhlas untuk sertai UMNO dan BN, kerana sedar rakyat bukan sahaja mula menolak mereka, tetapi juga semakin hilang kepercayaan terhadap visi PH dalam mentadbir negara, kami sangat alu-alukan,ā€ kata AHLI Parlimen BN seramai 15 orang itu menerusi kenyataan media bersama hari ini.

Mereka ialahĀ Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datek Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Salim Sharif (Jempol), Datuk Hasbullah Osman (Grik), Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Maran), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Menurut Ahli Parlimen itu, mereka dan pemimpin PH boleh bersama-sama memulihkan semula negara yang kini berdepan pelbagai masalah sejak PH memerintah.

Malah, apa yang lebih penting, kata mereka, ialah mengembalikan negara pada landasan yang boleh menjamin masa depan rakyat dan generasi akan datang.


Berhubung isu peralihan kuasa, Ahli Parlimen itu berkata, ia tidak dibincangkan langsung semasa pertemuan tersebut.

ā€œPerihal peralihan kuasa ini hal dalaman PH. Ia tiada kena
mengena dengan kami sebagai Ahli Parlimen Pembangkang,ā€
ujarnya.

Sementara itu, kesemua Ahli Parlimen pembangkang itu menafikan dakwaan kononnya pemimpin UMNO sudah hilang parti dan tidak pasti apa perlu dilakukan, sama ada hendak lompat parti sama  seperti yang dinyatakan rakan mereka semalam.

ā€œKami boleh sahkan, tidak pernah sekalipun pendirian sedemikian disebut oleh mana-mana Ahli Parlimen BN semasa pertemuan tersebut,ā€ katanya. – MalaysiaGazette

Kategori