Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Henti Spekulasi Isu Liwat...

KUALA LUMPUR – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menyeru semua pihak menunggu keputusan...

Mokhtar Pernah Jadi Penjaring...

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya pernah...

VIDEO : 10 Jenis...

BERAPAKAH harga buah termahal yang pernah anda belanjakan? Jom lihat 10 jenis buah...

Empat PATI Myanmar Ditahan...

TANAH MERAH : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan empat pendatang asing tanpa izin...

Aliff Aziz Didakwa Lagi Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Aliff Aziz didakwa lagi di mahkamah Singapura  atas satu pertuduhan baharu iaitu berkelakuan tidak senonoh.

Memetik laporan Berita Mediacorp Singapura, Aliff didakwa menjerit dan membuat gerak isyarat menggunakan tangannya secara terlampau di Orchard Towers, Singapra jam 6.25 pagi pada 10 November lalu.

Sebelum ini tular satu video memaparkan pelakon itu ditangkap polis di negara jiran itu selepas didapati bergaduh dengan seorang lelaki.

Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.

Bagi dakwa tersebut, jika disabit kesalahan Aliff boleh didenda sehingga S$2,000 (RM6,110) atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Ini merupakan tuduhan ketiga terhadap Aliff apabila sebelum ini, Aliff berdepan dengan dua tuduhan mencuri.

Pada 3 September lalu, Aliff dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro serta pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura. – Agensi 

Kategori