Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sektor Pembuatan Sarawak Akan...

KUCHING – Sektor pembuatan di Sarawak telah bertambah baik pada 2017 dan dijangka...

Peniaga Naikkan Harga Sebelum...

KLUANG - Peniaga yang menaikkan harga barangan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

PM Sudah Jumpa Agong...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan membuat rombakan Kabinet dalam...

PBNJ Ucap Terima Kasih...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengucapkan terima kasih kepada pasukan...

Apa Status Sebenar RTS? Soal Najib

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke diminta menjelaskan apakah status sebenar mengenai projek Sistem Rel Transit (RTS) Johor-Singapura.

Ia susulan kenyataan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan yang mengesahkan Malaysia telah memohon lanjutan penangguhan projek itu buat kali ketiga sehingga 30 April 2020.

“Sekarang, Anthony Loke perlu jawab: Menteri Pengangkutan Malaysia telah menipu Rakyat ke atau Menteri Pengangkutan Singapura telah menipu Parlimen Singapura?” kata Datuk Seri Najib Razak menerusi hantaran di Facebooknya.

Ini kerana, jika begitu kenyataan Singapura, adakah apa yang Perdana Menteri dan Anthony umum sebelum ini ialah penangguhan projek RTS, juga kebarangkalian bahawa projek RTS bakal dibatalkan jika Singapura tidak bersetuju dengan perubahan yang diumumkan Malaysia.

Pada 31 Oktober lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia bersetuju meneruskan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) dengan kos terbaru RM3.16 bilion.

Kos itu adalah penjimatan sebanyak 36 peratus atau RM1.77 bilion berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion.

Bagaimanapun, sebuah akhbar berbahasa Inggeris dalam laporannya berkata, Malaysia telah sekali lagi meminta penangguhan enam bulan untuk RTS dari Singapura.

Berita itu menimbulkan rasa tidak puas hati oleh Anthony dan mendakwa The Star menyebarkan berita tidak benar.


“PM ke-7 nak umum RTS diteruskan pada petang untuk menarik undi, The Star dah pagi-pagi berani lapor projek RTS itu sebenarnya ditangguuhkan sekali lagi ke?

“Mana boleh? Oleh itu Anthony Loke pun bidas The Star.

“Tapi semalam, Menteri pengangkutan Singapura pula memberi jawapan bertulis Parlimen bahawa Malaysia telah meminta lanjutan 6 bulan pada 29 Oktober – seperti apa dilaporkan oleh The Star.

“Lagi menjahanamkan Anthony ialah Singapura turut melaporkan bahawa perubahan yang diumumkan oleh PM ke-7 termasuk penurunan kos dan dan menukar sistem tren dari MRT ke LRT juga tidak dimaklumkan kepada pihak Singapura masa itu – seperti apa yang saya jangka dalam posting saya hari itu.

“Dan Singapura juga mengesahkan bahawa mereka tidak wajib untuk menerima perubahan-perubahan yang diumumkan oleh PM ke-7 hari itu,” kata Ahli Parlimen Pekan itu. – MalaysiaGazette

Kategori