Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JPN Nafi MyKad Perlu...

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu membuat penggantian MyKad dengan Jabatan Pendaftaran...

3 Projek Pertanian ‘Sakit’...

DUNGUN - Tiga projek pertanian 'sakit' berskala besar di Terengganu akan dimajukan semula...

USIM Kuatkuasa Larangan Penggunaan...

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menguatkuasakan larangan penggunaan rokok elektronik...

Ramai Gadis Akan Tonton...

ENTAH bagaimana, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki Arab sedang menyanyi ini menjadi...

AS-China Bersetuju Batalkan Tarif Barangan

WASHINGTON – China dan Amerika Syarikat bersetuju untuk membatalkan tarif yang dikenakan ke atas barangan masing-masing dalam “fasa satu” sekiranya rundingan berjaya dimuktamadkan, demikian menurut pegawai-pegawai kanan kedua-dua pihak.

Kenyataan tersebut bagaimanapun menerima respons yang berbeza daripada penasihat-penasihat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menteri Perdagangan China berkata, kedua-dua negara telah bersetuju untuk membatalkan tarif-tarif berkenaan secara berperingkat.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan garis masa pelaksanaan rancangan tersebut.

Seorang pegawai kanan AS yang enggan mendedahkan identitinya mengesahkan pembatalan tarif tersebut bakal menjadi fasa pertama perjanjian perdagangan sekiranya berjaya dimuktamadkan.

Namun begitu, ianya masih lagi perlu ditandatangani oleh Trump dan Presiden Xi Jinping.


Jurucakap White House, Stephanie Grisham memberitahu Fox News Channel yang AS “sangat-sangat optimistik” untuk menyelesaikan rundingan yang telah berlanjutan selama 16 bulan itu.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai rundingan dengan China tetapi kami sangat-sangat optimistik akan memeterai perjanjian tidak lama lagi,” katanya.

Bagaimanapun pakar-pakar memberi amaran bahawa pakatan tersebut boleh gagal.

Menurut pegawai-pegawai kanan AS, masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan apabila Trump mengumumkan garis panduan perjanjian interim bulan lepas. – Agensi

Kategori