Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengerusi ITBM Ditamat Khidmat...

PUTRAJAYA - Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Datuk Dr....

Murid Sekolah Rendah Dibenar...

PUTRAJAYA: Murid sekolah rendah di seluruh negara tidak lagi perlu hadir ke sekolah...

Teruk Dibelasah Kekasih Sehingga...

TIDAK tahan didera bertahun-tahun oleh teman lelakinya, seorang model dari China mengambil keputusan...

Isu Thaqif: Akhirnya Madrasah...

KOTA TINGGI - Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd...

Australia Minta Tarik Balik Syarat Terhadap Lynas

BANGKOK – Australia berharap Malaysia dapat menarik balik syarat yang dikenakan terhadap kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Perkara itu disuarakan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35, dekat sini, hari ini.

“Lynas adalah syarikat Australia dan membuat pelaburan besar di Malaysia. Mereka berharap kita dapat menarik balik syarat kepada syarikat berkenaan dan kita akan berbuat demikian dalam tempoh tiga bulan apabila kita sudah membuat keputusan.

“Kita tidak boleh meminta mereka keluar dari Malaysia tetapi (mengenai residu radioaktif) kita akan menempatkannya di beberapa tempat, …mungkin di Pahang atau juga di tempat lain bagi mengurangkan intensiti (radioaktif) berkenaan.

“Pada masa akan datang, kita juga minta syarikat berkenaan memproses bahan mentah berkenaan terlebih dahulu supaya sisa yang dihasilkan nanti di kilang di sini, bukan seperti ketika ini,” kata Dr. Mahathir pada sidang media.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) pada Ogos lalu, mengenakan tiga syarat kepada Lynas selepas memperbaharui lesen operasi kilang itu selama enam bulan.

LPTA berkata, syarat itu diputuskan selepas Kerajaan Persekutuan Australia dan Kerajaan Negeri Western Australia memaklumkan kepada Malaysia bahawa pihaknya tidak akan menerima penghantaran balik residu radioaktif Water Leach Purification (WLP) Lynas.


Antara syaratnya adalah Lynas perlu mengemukakan perancangan bagi pembinaan kemudahan cracking and leaching (pemecahan dan larut-resap) di luar negara bagi tujuan memindahkan proses terbabit yang kini dijalankan di lojinya di Gebeng, keluar dari Malaysia.

Kemudahan itu hendaklah dibina di luar negara dan mula beroperasi dalam tempoh empat tahun daripada tarikh sah lesen.

Selepas kemudahan itu mula beroperasi di luar negara, pemegang lesen tidak lagi dibenarkan menghasilkan residu radioaktif yang melebihi satu becquerel per gram di lojinya di Gebeng, Kuantan.

Dr. Mahathir juga berkata, kerajaan sentiasa memikirkan kesan ke atas syarikat pelabur asing (FDI) seperti Lynas bagi mengelak akan merencatkan usaha menarik pelaburan langsung asing ke negara ini pada masa akan datang.

“Sebab itu, kita kena fikir kesannya ialah kemasukan pelaburan asing ke negara ini supaya mereka tidak beranggapan kita mungkir janji dan kesannya tiada pelabur asing ke negara ini,” katanya.

Kategori