Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kegiatan Gengster Kalangan Pelajar...

KOTA KINABALU - Kegiatan kumpulan gengster dalam kalangan pelajar di Sabah masih terkawal,...

Banjir Di Sarawak Bertambah...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Sarawak bertambah buruk pada petang ini apabila...

UMNO Tidak Sesekali Apologetik...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO tidak...

Polis Tahan Lima Suspek...

BUTTERWORTH - Polis menahan lima suspek disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah di...

Azmin Jawab Kes Saman YHA Travel Kerana Tolak Pinangan

KUALA LUMPUR – “Jadi kalau nak selesai, kena terima pinangan lah?” jawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau ditanya tentang dakwaan kononnya kes saman tunggakan bil pelancongan oleh agensi pelancongan YHA Travel & Tours terhadapnya disebabkan pinangan keluarga pemilik syarikat itu ditolak.

Ditanya sekali lagi oleh wartawan di lobi Parlimen sama ada dakwaan tersebut benar atau sebaliknya, Azmin berkata: “Biar. Ini serah kepada peguam.”

Bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin di laman Facebooknya mendakwa Azmin diheret ke mahkamah kerana menolak hasrat pemilik agensi pelancongan itu untuk meminang anak perempuan Timbalan Presiden PKR itu.

“Keluarga YHA ini sakit hati lepas Haji Ayub dan isterinya Yasmin melamar anak perempuan Azmin dan mereka rasa terhina lepas lamaran ditolak Azmin sekeluarga… Oooo… Jadi Haziq Ayub turut terlibat edit video fitnah bakal bapak mertua tak jadi la nie ye!!!” katanya di Facebook.

Minggu lalu, Azmin diheret mahkamah atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000 termasuk lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu.


Perkara itu dilaporkan Sarawak Report.

Laman web itu memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Azmin dalam tempoh enam bulan.

Azmin pada Rabu lalu berkata, beliau akan membayar apa sahaja bil perjalanan yang beliau masih terhutang.

Ia susulan laporan yang mendakwa agensi pelancongan memfailkan saman di mahkamah menuntut lebih RM300,000 untuk bil perjalanan yang belum dijelaskan. – MalaysiaGazette

Kategori