Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pengeluaran Getah Asli Pada...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia pada Jun 2019 merosot 16.9...

Imigresen Tahan 69 Warga...

KUANTAN - Jabatan Imigresen Pahang menahan 69 warga asing dalam operasi di tiga...

Kes COVID-19 Dijangka Meningkat...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencana banjir,...

Khairul Hafiz Pecah Rekod...

KUCHING - Raja Pecut Sukma, Khairul Hafiz Jantan membuktikan seleranya belum berkurangan apabila...

Azmin Tidak Ingat Siapa Yang Minta Pertemuan Itu

KUALA LUMPUR – Ini perjumpaan biasa. Tiada yang luar biasa.

Itu reaksi pertama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya tentang pertemuannya dengan 22 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasminya di Putrajaya malam tadi.

Katanya, adalah biasa untuk beliau bertemu dengan mana-mana pihak yang ingin berbincang tentang maklum balas rakyat  termasuk dari parti pembangkang lantar beliau memang mengamalkan sikap terbuka.

ā€œJangan dengar khabar angin. Ini perjumpaan biasa. Tidak ada perkara yang luar biasa. Ini mesyuarat biasa dan saya ambil sikap terbuka, mana-mana pihak yang ingin bertemu dengan saya, saya akan bertemu.

ā€œSaya bertemu dengan rakyat, masyarakat perniagaan, ahli-ahli Parlimen sama ada dalam Pakatan Harapan ataupun bukan Pakatan Harapan.

ā€œIni kerana penting sebagai sebuah kerajaan yang peduli rakyat, kita ingin mendapatkan maklum balas daripada rakyat, masyarakat perniagaan tentang apakah penerimaan dasar kerajaan.Ā 

ā€œIni bukan satu perkara luar biasa yang kita harus gembar-gemburkan. Saya bertemu dengan banyak pihak setiap hari,ā€ katanya kepada pemberita.

Mengenai siapa yang memanggil pertemuan dengan wakil rakyat BN itu, Azmin berkata, beliau tidak ingat siapa yang meminta diadakan pertemuan, bagaimanapun sesiapa sahaja yang meminta beliau akan bertemu. 


Ditanya berkenaan mesyuarat kedua petang ini, Azmin tidak menjawab secara spesifik namun hanya berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak setiap hari. 

ā€œSetiap hari. Saya ada banyak perjumpaan. Setiap hari dari pagi sampai lewat. Berjumpa dengan ramai orang, dari pelbagai kumpulan, ada ahli politik, ada ahli Parlimen, pemimpin perniagaan, pelabur asing. Itu adalah tugas menteri, saya perku bertemu dengan orang,ā€ katanya lagi.Ā 

Kelihatan Ahli Parlimen Segamat, Dr Edmund Santhara; Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya); Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal) datang ke pejabat Azmin.

Pertemuan dengan lima Ahli Parlimen PKR dan kira-kira 22 Ahli Parlimen BN di kediaman rasmi Azmin semalam mencetuskan pelbagai persoalan. 

Malah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenainya berkata, Azmin perlu menjelaskan isu tersebut dalam Mesyuarat Biro Politik yang akan berlangsung esok. 

Malah menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pertemuan yang diadakanĀ Ā di tengah-tengah kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai memberikan mesej negatif tentang Pakatan Harapan kepada rakyat. – MalaysiaGazette

Kategori