Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

GEMPAR: Zolace, Butik Muslimah...

(Zolace boleh dilayari melalui link berikut - klik https://www.zolace.com/)Apakah yang membuat seorang wanita...

Polis Buru Ketua Sindiket...

KOTA BAHARU - Polis Kelantan kini sedang memburu ketua kumpulan 'Azha' yang bergiat...

Perlukah Hal Dlm Kelambu...

VIDEO yang ingin kami hidangkan ini memang sedikit sebanyak kedengaran sangat terbuka apabila...

Pemerdagangan Manusia: Tiga Negara...

PUTRAJAYA - Menteri Luar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand mengadakan perbincangan mengenai pergerakan...

Bagi Cukup 5 Tahun, Banyak ‘Penyakit’ Boleh Pulih – Mahathir

PONTIAN – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkeyakinan lebih banyak bekas ‘penyakit’ ditinggalkan kerajaan terdahulu akan dapat dipulihkan semula sekira Pakatan Harapan (PH) diberi cukup tempoh lima tahun mentadbir.

Menurutnya, ramai mendakwa kerajaan PH gagal membawa perubahan dan tidak berjaya mengubati penyakit negara walaupun baru mentadbir kerajaan selama setahun setengah sahaja.

Bagaimanapun, pihak terbabit tidak menyedari inisiatif kerajaan PH memastikan pentadbiran aman, damai dan tenteram adalah satu kejayaan yang cukup sukar didapati negara membangun lain.

“PH memerlukan masa untuk mengatasi penyakit ditinggalkan parti terdahulu.

“Kalau kita diberi masa cukup selama lima tahun, tentu lebih banyak bekas penyakit (negara) akan dapat dipulihkan semula,” katanya sewaktu berucap pada Ceramah Perdana PH sempena pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Kukup di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan calon PH, Karmaine Sardini.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, pelaksanaan pembangunan negara sememangnya akan mengambil sedikit masa untuk dipenuhi.

Menurutnya, kerajaan PH mahu negara dikenali semula sebagai ‘harimau Asia’ di mana negara mempunyai perkembangan ekonomi sangat kukuh, pesat dan mampan.


“Walaupun PH terdiri lima parti, kita tidak berperang dalam Kabinet sebaliknya berbincang secara baik demi pembangunan negara dan untuk jadikan semula kita sebagai harimau Asia, kerajaan Pusat boleh buat kerana rakyat sentiasa bersama kita.

“Sebab itu saya minta penduduk Tanjung Piai jaga kepentingan (kawasan Parlimen) dengan memilih calon rapat dengan kerajaan Pusat dan negeri serta mampu menjadi hubungan jambatan antara rakyat dan kerajaan,” katanya.

Dr. Mahathir turut berjanji kerajaan Pusat akan melaksanakan usaha meningkatkan pelaburan dan penyediaan infrastruktur lebih baik kepada penduduk Parlimen Tanjung Piai.

Menurutnya, semua ini dibuat dengan syarat Parlimen itu menjadi tempat bergantung terhadap kerajaan PH dan tidak menolak calon parti kerajaan itu.

“Hanya kerajaan sahaja yang boleh beri bantuan kepada rakyat, gubal undang-undang dan buat dasar-dasar menjaga kepentingan mereka.

“Parti lawan pada PRK tidak boleh buat apa pun…sebab itu lebih baik kita pilih calon punyai ikatan rapat dengan kerajaan, sama ada peringkat negeri Johor dan Pusat,” katanya. – Sinar Harian

Kategori