Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Najib Syukur Pengebumian Jenazah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur kerana urusan...

Abang ‘Datuk Kabi’ Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Abang kepada seorang ahli perniagaan yang menggelarkan dirinya ‘Datuk Kabi’...

Lebih Sejuta Biji Pil...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas lebih satu juta biji dadah dipercayai pil...

PKPIM Kritik Menteri PH...

KUALA LUMPUR - Terdapat lima jenis menteri selepas 100 hari pentadbiran 'Malaysia Baharu'...

Barang Kemas 1 Bilion Euro Dicuri Dari Muzium

DRESDEN – Salah satu koleksi barang kemas paling berharga di Eropah telah dicuri dari sebuah muzium yang terletak di timur Jerman dalam satu kejadian awal pagi Isnin.

Pencuri- pencuri tersebut memecah masuk Green Vault Museum sebelum melarikan sekurang-kurangnya tiga set barang kemas dari abad ke-18 yang terdiri daripada antaranya berlian dan batu delima, kata pekerja muzium kepada pemberita.

Rakaman CCTV menunjukkan dua orang lelaki memecah masuk menerusi tingkap berjeriji menyebabkan penggera keselamatan berbunyi kira-kira jam 5 pagi manakala sepasukan anggota polis tiba ke tempat kejadian lima minit kemudian.

Bagaimanapun, para pencuri tersebut telah berjaya melarikan diri.

“Koleksi yang hilang itu merupakan barangan yang tidak ternilai dari segi nilai budaya,” kata Pengarah Muzium Dirk Syndram dalam satu sidang media.

Tambah Pengarah Muzium Negeri Saxony, Marion Ackermann, adalah mustahil untuk menjual barang kemas yang sangat unik dan mudah dikenali itu di pasaran terbuka.


“Ia sangat teruk,” katanya ketika ditanya sama ada barang kemas tersebut mungkin dipecahkan atau dicairkan.

Jelasnya, nilai budayanya akan terhakis sekiranya dibuat sedemikian sekali gus menghapuskan nilai sebenar barang kemas yang sangat berharga itu.

Barang kemas tersebut bernilai hingga 1 bilion euros, lapor akhbar Bild tanpa menamakan sumber. – Agensi

Kategori