Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Abang Sado Nekad Kerja...

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu benar-benar memberi k3san kepada rakyat.

UMNO Tak Tergugat Dengan...

SINTOK - UMNO sama sekali tidak akan tergugat dengan helah pembangkang melalui penyebaran...

Rantai Anak: 15 Mac...

KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mac depan sebagai...

Henti Gelar Montel, Debab,...

PUTRAJAYA - Masyarakat dinasihatkan agar tidak lagi membuat perbandingan penampilan imej kanak-kanak dengan...

Batal Jemput Azmin Rasmi Kongres Tanda PKR Dilanda Krisis

PETALING JAYA – Ahli Majlis Pemuda PKR pusat hari ini mengkritik Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang dikatakan membatalkan jemputan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai perasmi kongres Pemuda PKR.

Dalam kenyataan bersama, 21 daripada 25 pimpinan Pemuda PKR berkata tindakan membatalkan Azmin sebagai perasmi Kongres Nasional Pemuda PKR hanya mencerminkan parti itu dilanda krisis kepimpinan menyebabkan ia kucar-kacir.

“Kami berpendirian sikap dan tindakan membatalkan jemputan tersebut merupakan suatu langkah yang sama sekali bertentangan dengan semangat kongres serta konvensyen dan tradisi organisasi,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Saifuddin dilaporkan menyerahkan kepada sayap Pemuda parti itu untuk mengundang pemimpin pilihan mereka bagi merasmikan kongres pada bulan depan. Saifuddin berkata, beliau tidak terlibat dalam memilih pemimpin untuk terlibat dalam kongres tersebut.

Azmin pula meminta media menghalakan pertanyaan kepada Saifuddin susulan laporan mengatakan Pemuda PKR tidak mahu beliau merasmikan kongres mereka tahun ini, sebaliknya akan mengundang bekas presiden, Wan Azizah Wan Ismail.

Kongres Nasional Pemuda PKR akan berlangsung pada 6 Disember ini di Melaka International Trade Centre (MITC).

Antara pimpinan Pemuda PKR menyokong kenyataan berkenaan adalah Timbalan Ketua Pemuda PKR, Muhammad Hilman Idham, Naib Ketua Pemuda PKR, Mohd Nazree Yunus dan Jestin Raj Savarimuthu.


Selain itu, ia turut disokong beberapa Ahli Majlis Pimpinan Pemuda PKR dari beberapa negeri antaranya, Ahmad Khairul Mohamed Noor (Melaka), Athina Klaywa Sim (Sarawak), Ahmad Khusyairi Khalid (Terengganu), Kamis Burhan (Sabah).

Antara lain, Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz (Wilayah Persekutuan), Mohd Faizal Mohd Yusak (Johor), Mohd Firdaus Yusof (Kedah), Mohd Izad Buqhari Mohd Kamri (Pulau Pinang), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (Selangor), Muhammad Affandi Abdul Malik (Negeri Sembilan) Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin (Perak), Muhamad Saiful Bahari Sahari (Johor).

Muhammad Arif Mukhtar (Kelantan), Nagarajan Kaniappan (Selangor), Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman (Kelantan), Ong Jing Cheng (Pulau Pinang) dan Sarawanan Selvarajoo (Selangor) serta Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim (Pahang) turut serta mengkritik kenyataan Saifuddin.

“Tindakan pembatalan dan kenyataan setiausaha agung tersebut akan memberi mesej dan teladan yang salah kepada anggota khususnya generasi baru dalam PKR. Melainkan, jika setiausaha agung mahu perpecahan dan berantakan dalam parti ini terus berlaku.

“Kami menyeru supaya kepimpinan parti mengambil langkah tegas untuk mengembalikan PKR di atas landasannya, menggembeleng muafakat dan kesatuan anggota serta mempertahankan konvensyen dan tradisi organisasi,” katanya. – FMT

Kategori