Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Kesan Lelaki Disyaki...

JOHOR BAHRU - Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menikam isterinya di sebuah...

Ragut 4 Nyawa: Pemandu...

PORT DICKSON - Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini bagi...

VIDEO: Raja Salman Tinggalkan...

SELASA lalu, Presiden Barack Obama tiba di Arab Saudi untuk bertemu dengan Raja...

Anak Malaysia, Jameson Cipta...

KUALA LUMPUR - Menembusi produk hingga ke pasaran global bukanlah semudah yang disangka,...

Bersih 2.0 Kecewa PH Salah Guna Sumber Kerajaan Pancing Undi

PETALING JAYA – Badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 kecewa dengan parti yang memerintah menyalahgunakan sumber kerajaan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang sedang berlangsung.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan berkata perbuatan memancing undi dengan wang pembayar cukai bagi memenangi pilihan raya jelas tidak beretika.

“Bersih 2.0 ingin lahirkan rasa kecewa kami dengan perlakuan kerajaan PH yang menyalahgunakan sumber kerajaan semasa PRK Tanjung Piai.

“Percubaan memancing undi nelayan tidak bertentangan dengan undang-undang sedia ada tetapi ia jelas sekali tidak beretika untuk parti politik menggunakan duit pembayar cukai bagi memenangi pilihan raya,” katanya hari ini.

Menurutnya, sebarang peruntukan atau bantuan perlu diberi selepas pilihan rata kecil tamat bagi memastikan kesemua parti bertanding secara adil.

“Kami sedia maklum bahawa tugas kerajaan perlu terus berjalan semasa pilihan raya kecil, namun untuk kawasan yang sedang dipertandingkan, sebarang pengumuman atau pemberian dan peruntukan perlu dihentikan.

“Sebaik sahaja kerusi tersebut diisytiharkan kosong hentikan peruntukan atau beri selepas berakhirnya PRK bagi memastikan padang permainan yang sama rata,” katanya.

Kenyataan tersebut menyentuh beberapa pengumuman dibuat menteri dan menteri besar termasuk pengumuman bantuan khas kepada nelayan, semalam.

“Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal umum bantuan khas kepada 1,513 nelayan di Johor termasuk 544 di Tanjung Piai sebanyak RM1,000 bermula minggu depan.


“Beberapa menteri kerajaan persekutuan turut mengumumkan peruntukan wang tunai semasa lawatan mereka ke Tanjung Piai, sebelum dan semasa tempoh berkempen.

“Menteri seperti Syed Saddiq, Rina Harun dan Salahuddin Ayub telah menjustifikasikan peruntukan tersebut dengan menafikan untuk memancing undi namun kemurahan hati mereka yang berkebetulan dengan PRK menjadikan alasan mereka sangat memalukan,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menegaskan peruntukan persekutuan RM7 juta yang disalurkan kepada Tanjung Piai sebelumnya bukan untuk memancing undi sebaliknya peruntukan itu kebetulan diumumkan hampir dengan tarikh PRK.

Dalam pada itu, Bersih 2.0 menggesa penggubal undang-undang semua parti menyokong reformasi pilihan raya dan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Bersih 2.0 sekali lagi menegaskan bahawa kami tidak mengatakan menteri-menteri ini telah melanggar undang-undang pilihan raya kerana undang-undang penggunaan sumber kerajaan untuk berkempen masih belum digubal.

“Kami menggesa semua penggubal undang-undang daripada semua parti untuk menyokong reformasi pilihan raya dan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memastikan apabila tiba waktu pilihan raya, padang permainannya adalah sama rata,” katanya. – FMT

Kategori