Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bayi Koma: Tiada Tangkapan...

ALOR SETAR - Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian bayi perempuan berusia empat...

Rohingya: Australia Sekat 5...

AUSTRALIA mengenakan sekatan perjalanan dan kewangan pada lima orang pegawai tentera tertinggi Myanmar...

Doktor Malaysia Dinobat Pemimpin...

NEW YORK - Seorang rakyat Malaysia yang mengasaskan sebuah organisasi untuk membina kemudahan...

Tekanan Jiwa Punca Lelaki...

MIRI - Tekanan jiwa dipercayai penyebab utama seorang pemuda berusia 29 tahun memanjat...

Busana RM27 Juta Tarikan Utama Produk Malaysia Di CIIE

SHANGHAI – Busana merah keemasan bernilai RMB45 Juta (RM27 juta) menjadi antara tarikan di ruang astaka Malaysia pada pameran Ekspo Import Antarabangsa China 2019 (CIIE) di sini yang berlangsung mulai 5 hingga 10 November.

Busana bertatahkan permata dan berlian berkualiti tinggi dari Afrika itu mengambil masa selama 968 jam untuk disiapkan oleh pereka fesyen Malaysia, Datuk Prof. Jimmy Choo yang juga Pengarah Kreatif jenama pakaian, The Atelier.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Sharimahton Mat Saleh berkata rekaan gaun dari The Atelier itu diinspirasikan bersempena sambutan ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

ā€œIa bukan sahaja mencerminkan persahabatan antara kedua-dua negara, tetapi juga menggambarkan visi Malaysia-China yang ingin sentiasa bergandingan dalam mengukuhkan hubungan masa depan melalui kerjasama ekonomi yang kukuh,ā€ katanya kepada Bernama di astaka Malaysia pada pameran CIIE di sini, pada Jumaat.

The Atelier ditubuhkan pada 1986 di Kuala Lumpur sebelum mengembangkan sayapnya ke Shanghai pada 2013. Jenama itu sering menjadi pilihan golongan berpengaruh serta artis terkenal di China.

Menurut Sharimahton, CIIE adalah platform terbaik bagi memperkenalkan produk Malaysia selain produk makanan dan minuman.


ā€œIndustri makanan dan minuman Malaysia telah sinonim dengan rakyat China. Jadi, pada ekspo kali ini kita turut memperkenalkan sektor industri kreatif dan teknologi.

ā€œKita mahu rakyat China tahu yang Malaysia juga mempunyai produk kreatif berkualiti yang dilihat mampu menembusi pasaran China,ā€ katanya sambil memaklumkan sebanyak 54 syarikat Malaysia menyertai ekspo kali kedua itu.

Selain itu, lebih 2,000 syarikat asing dari 120 negara turut memanfaatkan platform CIIE sebagai medan mencari pelanggan berpotensi dari negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Kategori