Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Polis Trafik Pengiring...

PERMATANG PAUH - Dua anggota polis trafik yang mengiringi Naib Presiden UMNO, Datuk...

Mesyuarat Tergempar Dihadiri Ahli...

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat tergempar diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato...

Sosej Ungu Cetus Kemarahan...

Seorang penjual sosej telah mencipta sosej berwarna ungu sebagai memperingati bintang pop, Prince...

Arab Saudi Benar Ibadah...

RIYADH - Arab Saudi akan membenarkan semula ibadah umrah untuk umat Islam bermula...

Exco Perak Pertahan Keputusan Kembali Bertugas

PETALING JAYA – Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia, mempertahankan keputusannya kembali bertugas selepas mengambil cuti untuk memfokuskan perbicaraannya.

Yong dipetik media sebagai berkata, beliau boleh menyambung semula tugasnya pada masa yang dianggapnya sesuai kerana beliau bercuti atas inisiatif sendiri.

Katanya, beliau mendapat kebenaran “pemimpin dari seluruh negara” untuk kembali bertugas, tetapi beliau tidak mendedahkan nama pemimpin terbabit.

Tindakannya kembali bertugas menjadi subjek sebuah klip video yang mendakwa seorang pemimpin utama DAP Perak mengkritik Yong berbuat demikian.

Suara dalam klip video itu berkata: “Pakai baju seragam DAP, ambil gaji DAP, tetapi anggap dirinya orang paling besar. Sekarang, ada orang boleh buat pengumuman sendiri untuk menyambung tugas semula. Tak perlu tanya parti. Saya tak mahu sebut nama, tetapi semua orang tahu (siapa dia).”

Jumaat lalu, ADUN Tronoh itu dilaporkan berkata, beliau memutuskan kembali bertugas selepas berbincang dengan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.


“Menteri besar menyokong saya supaya kembali bertugas seperti biasa. Semua penugasan pentadbiran akan kembali seperti biasa,” kata exco perumahan, kerajaan tempatan, pengangkutan awam, hal ehwal bukan Islam dan kampung baru Perak itu dalam satu kenyataan.

Pada 25 Ogos lepas, Yong bersetuju bercuti daripada tugasan rasminya bagi menumpukan perhatian kepada perbicaraan kes rogol bermula 11 November lepas.

Yong, 49, ditahan pada 9 Julai lalu susulan satu laporan polis dibuat seorang wanita Indonesia berusia 23 tahun yang mendakwa lelaki itu merogolnya di rumahnya di Meru, dekat Ipoh.

Yong kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. – FMT

Kategori