Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir Di Tiga...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Ribut Petir melibatkan...

Caci Pembuat Kertas Soalan...

Hulu Selangor : Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular...

Mayat Kanak-Kanak Lemas Di...

KOTA BAHARU - Mayat seorang kanak-kanak yang dipercayai lemas di Sungai Jerangau, Tanah...

Masyarakat Tionghua Di Kemaman...

KEMAMAN - Sebanyak 2,028 masyarakat Tionghua di parlimen Kemaman hari ini menerima bantuan...

Final Piala Malaysia: Rapid KL Lanjut Operasi LRT, Bas

KUALA LUMPUR – Rapid KL bakal melanjutkan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi Sabtu ini sempena perlawanan akhir Piala Malaysia Johor menentang Kedah.

Prasarana dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan tiga laluan bas dari Stesen Awan Besar turut dilanjutkan dan bas terakhir akan bertolak jam 1 pagi.

“Operasi laluan yang terlibat ialah bas 652 (LRT Awan Besar- Batu 3 Jalan Klang Lama), T580 (LRT Awan Besar-Stesen LRT Bukit Jalil) dan T582 (LRT Awan Besar-LRT Salak Selatan, Bukit Jalil,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, Rapid KL menyarankan penyokong yang mahu ke stadium menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan.

“Gunakan Touch N Go atau beli token perjalanan pulang lebih awal untuk melancarkan perjalanan.


“Pengguna turut dinasihatkan menjaga keselamatan masing-masing dan berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.

“Pengguna yang memandu kenderaan boleh meletakkan kenderaan di stesen LRT berhampiran termasuk LRT Muhibbah, LRT Awan Besar dan LRT Sri Petaling,” katanya.

Kategori