Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

8 Makanan Halal Wajib...

RAKYAT Malaysia memang dikenali dengan budaya mencintai makanan. Kalau tidak masakan ada kedai...

Rita Kesal Peminat Terlalu...

PELAKON popular, Rita Rudaini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah kelab peminat yang...

Pendudukan Gaza Adalah Satu...

WOODSIDE, California: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata beliau sudah menjelaskan kepada...

Bekas ADUN Wanita Selangor...

SHAH ALAM - Bekas ADUN Selangor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Guan Eng Pinjam Lagi RM4 Bilion Minggu Ini – Najib

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dibidas kerana membuat pinjaman lagi pada minggu ini yang dijangka akan dibayar pada tahun 2023.

Itu kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman sosial Facebook beliau sebentar tadi.

Kata Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, setakat 29 Oktober lepas sahaja, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meminjam sekitar RM10 bilion dan hanya membayar ‘kosong’. 

“Dua minggu dahulu, saya kata dia telah tambah hutang negara sebanyak RM69.9 bilion untuk tahun 2019 setakat 29 Oktober.

“Iaitu telah terlebih pinjam RM17.4 bilion berbanding unjuran RM52.5 bilion seperti dalam bajet. Untuk bulan Oktober sahaja setakat 29 haribulan, PH telah pinjam RM10 bilion dan bayar balik kosong.

“Namun pada 31 Oktober 2019 pula, dia bayar balik RM11.8 bilion dan dia keluarkan kenyataan media bahawa “siapa yang kata kerajaan PH tidak bayar satu sen hutang pada bulan Oktober merupakan pembohong tegar, jahil atau tidak mampu membaca data kewangan secara tepat,” tulis Najib lagi.

Dalam nada menyindir, Najib menyambung ‘lebih ajaib’ dalam siaran media Guan Eng sendiri juga mengesahkan bahawa setelah bayar balik RM11.8 bilion itu, kerajaan masih ‘lari bajet’ sebanyak RM7.4 bilion.

“Tapi dia janji akan clear RM7.4 bilion terlebih pinjam ini dalam tempoh dua bulan November dan Disember ini. Bagaimanapun, kini sudah sampai pertengahan bulan November.


“Tinggal 1 1/2 bulan untuk dia bayar balik RM7.4 bilion itu. Akan tetapi dia tak bayar balik RM7.4 bilion pula.

“Malah pinjam lagi RM4 bilion hari ini. Ini bermaksud, kerajaan PH telah terlebih pinjam RM11.4 bilion untuk tahun 2019 setakat ini,” dakwa Najib lagi.

Najib mendakwa oleh yang demikian peluang untuk PH ‘lari bajet’ tahun dan diturunkan penarafan kredit semakin cerah.

“Masa untuk kerajaan PH memenuhi visi mereka untuk hutang negara benar-benar RM1 trilion semakin dekat.

“Untuk maklumat rakyat, kerajaan PH telah tambah hutang negara sebanyak RM61.9 bilion setakat tahun ini sahaja.dan RM54.2 bilion pada tahun lepas.

“Belum lagi ambil kira bon samurai kedua yang Guan Eng belum berani umum butiran,” sindirnya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori