Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pekerja Restoran Dipukul Pelanggan...

PUTRAJAYA: Gara-gara menegur pelanggan mengambil lauk dengan tangan seorang pekerja restoran dibelasah tiga...

Pendaftaran GST Lepasi Angka...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST)...

Luahan Suami, Isteri Kantoi...

BARU-BARU ini terserempak dengan seorang kenalan lama bernama Aman. Sembang punya sembang, beliau menceritakan...

Pencarian Pesawat MH370 Digantung...

KUALA LUMPUR - Usaha mencari di dasar laut pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370...

Harga Istimewa 5 Hari 4 Malam Ke Taiwan Oleh Five Estec Travel

KUALA LUMPUR – Ingin ke Taiwan pada harga yang amat munasabah tahun depan?

Ayuh, rebut peluang yang disediakan oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej 5 hari 4 malam ke Taipei dan Taichung di Taiwan pada harga RM2,580.

Pengawai Pemasarannya, Sahlawati Mat Som berkata, harga itu adalah penurunan yang ketara berbanding harga asal yakni RM2,880.

“Harga kami sebelum ini pun dah murah, kini kami tambah lagi diskaun, rugi kalau tidak merebut peluang ini,” katanya kepada Mynewshub di sini baru-baru ini.

Kata beliau, tidak akan ada sebarang pengurangan atau penurunan taraf perkhidmatan yang ditawarkan walaupun pihaknya memberikan pemotongan harga RM300.

“Para pelanggan akan tetap menerima layanan dan perkhidmatan yang sama dan semua aspek penting seperti makanan halal, hotel mesra muslim akan dikekalkan,” jelasnya.

Pelanggan kata beliau akan diterbangkan dengan menggunakan khidmat China Airlines, syarikat penerbangan rasmi negara Taiwan.

“Anda harus tahu, China Airlines antara beberapa syarikat penerbangan dunia yang memiliki sijil halal dalam penyediaaan makanan, justeru anda tidak perlu merasa was-was menjamah sebarang hidangan yang disediakan nanti,” katanya.

Apa yang anda akan dapat pada harga RM2,580:

1. Paling utama, pengalaman melancong ke sebuah negara yang sangat cantik dan indah.

2. Penerbangan China Airlines menggunakan Boeing 777-300ER yang direka untuk keselesaan penerbangan jarah jauh melebihi 6 jam. Penerbangan ke Taiwan dari Kuala Lumpur hanya 4 jam dan ini nyata akan memberikan keselesaan yang lebih.

3. Bagasi percuma 30 kilogram.

4. Hotel 3 bintang yang selesa (dijamin mesra pelancong muslim)


5. Makan/minum sepanjang tempoh berada di taiwan termasuk sarapan, makan tengahari, makan malam yang semuanya dijamin halal.

6. Bas persiaran berhawa dingin.

7. Pemandu pelancong arif berbahasa Melayu.

8. Antara lokasi yang akan dilawati ialah Tasik Sun Moon (hayati keindahan dengan lake cruise yang termasuk dalam harga pakej), perkampungan Te Hua (perkampungan kebudayaan), Pusat Teh Lingzhi.

9. Lawatan ke Perkampungan Pelangi, Dewan Peringatan Chiang Kai-Shek, Masjid Agung Taipei, Taipei 101 (tidak termasuk dek pemerhatian) dan kawasan beli-belah Ximending, tapak warisan dunia Yehliu Geopark, Perkampungan Nelayan Tamsui, Kota San Domingo, Jalan Lama Tamsui dan pasar malam Shilin.

Kata Sahlawati, kebanyakkan kawasan yang dilawati melibatkan tiket untuk dimasuki tetapi semua itu sudah terkandung dalam harga pakej yang dibayar.

“Harga pakej kami pastinya yang terbaik untuk semua,” katanya.

Jelas beliau, pakej harga istimewa berkenaan hanya ditawarkan untuk pelanggan yang mendaftar sebelum tarikh 20 Disember ini. Semua pelepasan adalah bagi tahun 2020 sahaja.

“Harga akan kembali normal selepas tarikh berkenaan,”katanya.
Pihak yang berminat untuk melancong ke Taiwan boleh menghubungi nombor telefon 012-748 2102 (Cik Sahlawati). – Mynewshub.TV

Kategori