Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mangsa Nafsu Bapa, Budak...

KISAH jenayah dari seberang ini pasti membawa airmata kepada insan yang benar-benar menjiwai...

182 Laporan Penipuan Tawaran...

PETALING JAYA: Sebanyak 182 laporan polis diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan warga...

Mustapa Ketuai Delegasi Ke...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan...

Kelantan Minta Petronas Kemuka...

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti...

Henti Pertikai Sekolah Vernakular Di Negara Ini- Nie Ching

KUALA LUMPUR – Pihak yang tidak berpuas hati dengan kedudukan sekolah vernakular di negara ini perlu berhenti daripada terus mempersoalkan perkara tersebut, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Menurutnya, sekolah vernakular adalah aset penting dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

“Saya ucap tahniah kepada Pejabat Peguam Negara kerana menunjukkan Pejabat Peguam Negara dapat membela sekolah vernakular di Mahkamah Persekutuan.

“Saya harap pihak pemohon juga akan hentikan tindakan mereka untuk mencabar sekolah vernakular kerana seperti yang disebut oleh ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa sekolah vernakular sepatutnya menjadi aset penting kepada kepelbagaian negara kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya media berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak satu usul daripada seorang peguam untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai tidak berparlimen.


Keputusan itu dibuat Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed.

Pada 23 Oktober lalu Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan satu usul di bawah Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud sebagai tidak berperlembagaan dan bertentangan.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menamakan menteri pendidikan sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Kategori