Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 4,000 Tajaan Swasta...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,093 tajaan syarikat swasta dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat...

FAM Akan Wujud Jabatan...

PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mewujudkan Jabatan Bola Sepak Wanita...

Pakaian Seragam Baharu AirAsia...

ANAKĀ kapal AirAsia akan memakai pakaian seragam baharu termasuk pakaian perlindungan diri (PPE) apabila...

‘Taman Rekreasi Berlaku Serangan...

KOTA KINABALU: Perdana Park Tanjung Aru, di sini, yang diarah tutup berikutan insiden...

“Ini Peluang Bersihkan Nama Saya” – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. bernilai RM42 juta memilih untuk memberikan keterangan bersumpah.

Menurut beliau, peluang itu akan digunakan untuk membersihkan namanya yang sekian lama terpalit dengan tuduhan berkenaan.

ā€œSaya diperlukan oleh hakim untuk membela diri dalam kes SRC.

ā€œPilihan saya untuk membela diri ialah dengan memberi keterangan secara bersumpah di mana saya boleh disoal balas oleh pendakwa raya,ā€ katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, saksi-saksi pembelaan juga akan dipanggil ketika perbicaraan yang akan berlangsung pada Disember ini.

ā€œSaya dan peguam-peguam saya juga diberikan peluang untuk memanggil saksi-saksi pembelaan buat kali pertama dalam kes SRC ini.

ā€œSehingga kini hanya saksi pendakwa raya telah dipanggil dan kali ini saksi-saksi pembelaan akan diberi peluang untuk memberi gambaran sebenar dan membuktikan saya tidak bersalah.


ā€œInsya-ALLAH. Inilah peluang untuk membersihkan nama saya tidak lama lagi di dalam mahkamah,ā€ katanya.

Hari ini, Najib diperintah membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudnya kes prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau diperintah membela diri bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.

Keputusan tersebut diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kira-kira jam 11.30 pagi tadi. – Sinar Harian

Kategori