Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

4 Lagi Ditahan Kes...

KUALA LUMPUR - Empat lagi individu disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan...

Harga Lantai Bakal Diperkenal...

SERDANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperkenalkan harga lantai untuk...

Anggota Polis Bantu OKU...

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan seorang anggota polis sedang membantu seorang lelaki kurang...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman...

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis...

Jangan Ada Barung Di Luar Pusat Mengundi Esok – SPR

PONTIAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti politik bertanding supaya tidak mendirikan barung di luar pusat mengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai esok.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, tidak mahu perkara itu berulang seperti PRK sebelum ini apabila ada pihak tidak menghiraukan peringatan berkenaan.

Katanya, calon, penyokong dan pengundi perlu mematuhi peraturan SPR serta arahan keselamatan pihak polis pada hari mengundi.

“Hentikan sebarang bentuk kempen selepas jam 12 tengah malam ini. Tiada barung panas dan barung untuk meraih undi dibina mana-mana parti dan tiada aktiviti meraih undi di jalan ketika hari mengundi kerana ia satu kesalahan.

“Kita harap penyokong tidak berkumpul berhampiran tempat mengundi kerana boleh menjejaskan ketenteraman dan menimbulkan provokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau semakan peti undi dan agihan peralatan mengundi kepada ketua tempat mengundi di Dewan Jubli Intan di sini, hari ini.

Azhar Azizan turut menasihatkan semua pihak tidak memakai baju memaparkan nama, logo atau benda yang berkait dengan calon serta parti.


“Saya memohon supaya perkara ini (baju logo parti) tidak berlaku lagi. Sebelum ini ada seorang dua berbuat demikian, malah calon sendiri pun berbuat demikian.

“Saya tak tahu sama ada mereka tak faham, terlupa atau sengaja tapi saya harap ia tidak berlaku lagi,” katanya.

Azhar Azizan berkata, semua bentuk sokongan kepada calon atau parti mesti berada pada jarak sejauh 50 meter dari kawasan mengundi.

Katanya, penguat kuasa SPR akan menegur dan menghentikan kegiatan melanggar peraturan termasuk mendirikan barung. – BH Online

Kategori