Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

15,000 Banduan, Bekas Banduan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan...

Isu Kuil Ke Parlimen,...

KUALA LUMPUR ā€“ Pembentangan kenyataan di Dewan Rakyat mengenai Insiden pergaduhan dan rusuhan...

Kevin Morais Kemungkinan Mati...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais berkemungkinan tinggi mati...

Sedih, Kucing Melly Goeslaw...

KUCING sememangnya menjadi haiwan peliharaan kegemaran manusia, termasuklah Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Oleh itu,...

Jangan Undi Kerana Marah Kerajaan – Mahathir

PONTIAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai supaya tidak mengundi kerana marah kepada kerajaan sedia ada.

Sebaliknya, Perdana Menteri itu meminta mereka mengundi kepada parti yang akan membawa kebaikan kepada diri mereka.

Menurutnya, rakyat akan berasa rugi sekiranya mereka mengundi kepada parti dan calon yang tidak boleh berkhidmat kepada mereka.

“Pada 16 November ini, saya ingatkan anda jangan undi kerana marah (kerajaan)ā€¦ Saya tidak tahu marah sebab apaā€¦ Kalau marah saya, marahlah sekarang.

“Kita hendak undi untuk kebaikan diri kitaā€¦ Kalau kita undi orang tidak boleh berkhidmat kepada kitaā€¦kita rugi.

“Kita undi dia, dia dapat duit, kita dapat apa? Jangan silap pangkah dan mengundi orang tidak boleh berkhidmat kepada kita,” katanya pada program Ceramah Perdana PH sempena PRK Parlimen Tanjung Piai di tapak pasar malam Kukup Laut di sini malam ini.

Turut hadir Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan calon PH, Karmaine Sardini.


Dr. Mahathir berkata, rakyat Parlimen Tanjung Piai turut diingatkan tidak menembak kaki sendiri hanya kerana menolak calon pilihan parti kerajaan dek rasa marah.

“Sebab itu, saya fikir dalam PRK kali ini, pilihan yang ada adalah memilih calon PH, Karmaine Sardini kerana dia adalah wakil dipilih partiā€¦dia diberi sokongan parti-parti dalam PH termasuk Parti Warisan Rakyat Sabah (Warisan),” katanya.

Beliau juga berharap lebih ramai pengundi yang berada di luar kawasan Parlimen Tanjung Piai untuk pulang ke kampung demi menunaikan tanggungjawab mengundi PRK Tanjung Piai.

“Saya harap pengundi keluar beramai ramaiā€¦ yang duduk luar baliklah.

“Ramai ada di Johor, Singapura, Kuala Lumpur dan tempat lainā€¦ saya harap mereka balik undi demi kebaikan (Parlimen) Tanjung Piai,” katanya. – Sinar Harian

Kategori