Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bekas Pengurus Operasi Ar-Rahnu...

TEMERLOH - Seorang bekas pengurus operasi Ar-Rahnu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Bekas Polis Didakwa Sebabkan...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas koperal polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,...

Kerajaan PH Luluskan Arak...

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Wanita UMNO hari ini meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memanggil dan menyiasat tentang isu penjenamaan dengan mengguna pakai nama ‘Timah’ dan ianya jelas memang di bawah kuasa KPDNHEP.

Gwyneth Paltrow Nafi Bencikan...

PELAKON popular Gwyneth Paltrow menafikan laporan sesetengah media yang mendakwa dirinya membenci pelakon...

Jari Belum Bertanda Tapi Nama Pengundi Sudah Bergaris

PONTIAN – Seramai tiga pengundi di pusat daerah mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan Sungai Boh, Kukup di sini membuat laporan polis susulan dakwaan dinafikan hak mengundi atas alasan kad pengenalan mereka sudah diguna pakai.

Laporan polis ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat ketiga-tiga pengundi itu di Balai Polis Permas, di sini pada jam 12 tengah hari tadi dan ditemani Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon.

Wakil pengundi terbabit, Rihannad Soha, 62, berkata, apabila mereka datang ke pusat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab itu tetapi terkejut apabila dimaklumkan pegawai SPR bahawa nama mereka sudah dipotong.

Mereka juga mendakwa turut dimaklumkan tidak dibenarkan mengundi kerana kad pengenalan sudah diguna pakai individu lain bagi tujuan mengundi.

“Kami datang untuk mengundi. Bila hantar kad pengenalan…tengok nombor kad pengenalan kami sudah bergaris (merujuk tindakan sudah mengundi).

“Kami mahu hak kami sebagai pengundi…jari kami belum ada tanda kami mengundi. Adakah maknanya ada pengundi hantu?” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi kepada pengamal media di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon berkata, tiga pengundi berkenaan sudah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.


Menurutnya, MCA menuntut penjelasan SPR mengenainya dan kesal kes seperti itu masih berlaku walaupun pilihan raya kecil (PRK) sudah diadakan sebanyak sembilan kali.

“Ini PRK kesembilan, mengapa masih berlaku perkara sebegini?

“Adakah pengundi hantu ganti pengundi di sini? Saya mahu penjelasan SPR dan meminta mereka jangan bersikap berat sebelah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. – Sinar Harian

Kategori