Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ketua ‘Geng Hanis’ Hadapi...

ALOR SETAR - Ketua kumpulan 'Geng Hanis' yang aktif melakukan rompakan menggunakan parang...

Facebook Sedang Membangunkan Butang...

PENGASAS laman sosial terkemuka, Mark Zuckerberg  ketika di dalam sesi soal jawab bersama...

John Terry Dedah Perangai...

BONGKAR... Bintang bola sepak England, John Terry mendedahkan bahawa Jose Mourinho akan berkelakuan...

Nepal Pun Dah Jadi...

BUKIT MERTAJAM - Tiga lelaki warga Nepal yang disyaki terbabit dalam jenayah pemerasan dan...

Jual MyKad: Mahkamah Tolak Notis Usul 6 Tertuduh

GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan notis usul difailkan enam individu termasuk penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung penentuan persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan terhadap mereka membabitkan sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 43; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36, dan ahli perniagaan Datuk Lai Chin Wah, 56, berdepan 13 pertuduhan mengeluar dan menjual sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Hakim Datuk Akhtar Tahir ketika membuat keputusan itu berkata kesalahan yang dilakukan semua tertuduh termasuk dalam kesalahan sekuriti dan kes itu harus dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, kesalahan sekuriti termasuk dalam kesalahan berjadual di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 diletakkan dalam Jadual Pertama di bawah SOSMA.

“Melihat kepada SOSMA dua perkara adalah jelas, yang pertama kes kesalahan sekuriti perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, itu telah ditetapkan. Yang kedua telah diletakkan secara spesifik tidak boleh diberi jaminan kecuali ada tiga kategori orang. Itu tidak dihujahkan dalam kes ini.

“Jadi, atas faktor ini saya menolak semua notis usul yang dikemukakan untuk jaminan, menukar kes untuk dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan deklarasi,” katanya.

Akhtar turut memerintahkan kes itu diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini seperti yang telah dijadualkan sebelum ini selama lima hari bermula 6 April 2020.

Sementara itu, peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon yang mewakili Guan Chai dan Mohd Faizal Tan ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung keputusan permohonan notis usul itu di Mahkamah Rayuan.

Perkara sama turut dimaklumkan oleh peguam yang mewakili empat lagi tertuduh dalam kes itu.


Pada 10 Oktober lepas, pasukan pembelaan mengemukakan notis usul dan afidavit yang memohon Mahkamah Tinggi untuk menentukan soal undang-undang sama ada pertuduhan di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 ke atas semua tertuduh adalah merupakan kesalahan sekuriti di bawah SOSMA.

Mereka juga memohon supaya dibebaskan dengan jaminan mahkamah kerana buat masa ini keenam-enam tertuduh masih lagi ditahan kerana mereka didakwa di atas kesalahan di bawah SOSMA yang tidak boleh dijamin.

Pada 3 Oktober lepas, Mohd Faizul, Mohd Faizal Tan, Cheng Wah, Chan Cheong dan Guan Chai masing-masing mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 manakala Lai turut mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengikut seksyen yang sama.

Mohd Faizul menghadapi dua pertuduhan membuat dokumen pengenalan diri fraud iaitu sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran di Ibu Pejabat JPN Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, di sini antara Januari hingga Februari 2019.

Mohd Faizal Tan, Cheng Wah, Chan Cheong dan Guan Chai masing-masing didakwa atas dua pertuduhan menjual sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan George Town pada tempoh yang sama.

Chin Wah pula didakwa atas tiga pertuduhan menjual sijil kelahiran, kad pengenalan dan pasport atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan Georgetown antara Januari hingga Mac 2019.

Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 memperuntukkan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 15 tahun serta boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kategori