Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sukan Asia: Jun Hoong-Wendy...

INCHEON - Kemantapan penerjun China terus menjadi batu penghalang skuad terjun negara untuk...

Penagih Dadah Kantoi Mencuri

Ampang Jaya : Cubaan penagih dadah mencuri barang di sebuah kedai serbaneka di...

1MDB Akan Hadir Prosiding...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengesahkan semula kehadiran dan...

Android ‘iPhone 6s’ Berharga...

BEIJING - Kedai elektronik di Shenzhen dikesan menjual telefon pintar yang tidak ubah...

KDN Wujud Jawatankuasa Khas Kaji Akta Hasutan

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk melaksanakan kajian terhadap undang-undang berkaitan keselamatan, termasuk Akta Hasutan 1948.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, jawatankuasa khas itu dianggotai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Badan Peguam Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan badan bukan kerajaan.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan untuk menilai dan memperhalusi setiap peruntukan dalam undang-undang berkenaan berdasarkan piawaian hak asasi manusia, selain mengenal pasti implikasi keselamatan yang akan timbuljika dimansuhkan.

“Selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH), kementerian ini telah pun menubuhkan jawatankuasa khas untuk melaksanakan kajian terhadap undang-undang berkaitan keselamatan termasuk Akta Hasutan 1948,” katanya.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang meminta kementerian itu menyatakan kesediaan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Fahmi bertanya, adakah kerajaan berniat menggubal sebarang undang-undang bagi menggantikan akta tersebut untuk memastikan keselamatan negara terus terjamin.


Menurut Mohd Azis, berdasarkan hasil kajian dijalankan, KDN berpandangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 hanya boleh dipertimbangkan setelah seksyen khusus mengenai kesalahan yang melibatkan institusi diraja, kaum dan agama tersebut dipindahkan dan dimasukkan dalam undang-undang lain sedia ada seperti Kanun Keseksaan atau pun diwujudkan undang-undang baru.

Pada masa ini, ujar beliau, kajian lanjut bersama Jabatan Peguam Negara dan agensi kerajaan yang lain masih sedang dijalankan bagi memastikan perkara berkaitan perlindungan institusi diraja, kaum dan agama dapat dipelihara.

“Ini bagi memastikan tiada kelompangan undang-undang berlaku dan keselamatan negara terus terjamin sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan,” katanya.

Kategori