Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hati-Hati ‘Demokrasi Ala Penjajah’...

BATU PAHAT – Masyarakat terutama rakyat Johor dinasihat agar berhati-hati dengan taktik ‘Demokrasi...

Kerajaan Berjaya Kurangkan Hutang...

KUALA LUMPUR - Kejayaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi...

Dana Kerajaan Cukup Untuk...

PORT DICKSON - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan...

Abu Sayyaf Muat Naik...

KOTA KINABALU - Gambar empat warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dipercayai...

Keadaan Negara Belum Izinkan Peralihan Kuasa PM

SEPANG – Keadaan semasa negara buat masa ini belum mengizinkan untuk proses pengalihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kita belum tahu lagi keadaan negara sekarang ini sama ada bersedia untuk mengalih pentadbiran atau tidak.

“Bila sampai masanya kita tentukanlah (tempoh peralihan kuasa),” katanya ketika ditemui media selepas menutup Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA hari ini.

Mahathir mengulas pertanyaan media mengenai ketidaktentuan tempoh peralihan kuasa menyebabkan kekalahan teruk PH di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Pengerusi PH itu turut mengakui kekalahan PH di Tanjung Piai mungkin datang daripada kesalahan pihaknya.

“Mungkin saya salah, mana saya boleh tahu,” katanya mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin PH yang membidas beliau ekoran kekalahan yang sama.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali menyifatkan kekalahan PH di PRK Tanjung Piai adalah referendum terhadap kerajaan pimpinan Mahathir.


Malah Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menyifatkan kekalahan PH di Tanjung Piai menunjukkan rakyat sudah muak dengan kerajaan hari ini.

Ahad lalu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata kekalahan teruk itu menandakan bermulanya pengakhiran PH atau ia dapat menjadi suatu permulaan baharu bagi pakatan parti pemerintah itu.

Malah katanya, kekalahan teruk PH di Tanjung Piai umpama tidak kurang daripada gempa bumi yang melanda gabungan itu.

Pada Sabtu, Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi di Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar iaitu sebanyak 15,086 undi.

Datuk Sri Dr. Wee Jeck Seng berjaya memperoleh undi berjumlah 25,466, jauh meninggalkan saingan daripada calon Pakatan Harapan iaitu Karmaine Sardini yang cuma memperoleh 10,380 undi.

Kategori