Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 100 Undang-Undang Digubal,...

LEBIH 100 undang-undang akan digubal, dipinda, diperbaharui dan dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan...

Wanita Maut Kereta Langgar...

KUALA KANGSAR - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera setelah kereta yang dinaiki...

Bayi Hidap Meningitis, Selamat...

MENYEDIHKAN.. bayi yang baru berusia 11 bulan ini telah kudung kaki dan tangannya...

Cemas Selepas Kematian 60...

NEW DELHI - Suasana cemas menyelubungi India selepas berlaku lebih 60 kematian kanak-kanak...

Kecoh, 2 Ahli Parlimen BN Bertengkar Di Lobi Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Suasana di lobi Dewan Rakyat hangat apabila dua ahli Parlimen tiba-tiba bertengkar sambil saling berteriak beberapa minit sebelum sidang berhenti rehat.

Pergaduhan itu adalah di antara Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan  Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (Kuala Krau).

Kedua-dua mereka meninggikan suara sehingga ke satu peringkat Ismail mengatakan Tajuddin sebagai ‘orang tua yang bodoh’.

Ismail semasa pergaduhan menyebut tentang sekeping gambar yang tersebar ditularkan Tajuddin.

“Gambar kawan-kawan saya ziarah anak saya sakit dijadikan isu kata saya buat pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain, mana boleh tak betul,” kata Ismail yang ditenangkan oleh pengawal keselamatan dan ahli parlimen yang lain.

Namun beliau tidak menunjukkan gambar yang dimaksudkan.


Ismail turut mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak dengan berkata: “Kalau berani datanglah sini. Kita turun bawah.”

Selepas itu pengawal yang berada di lobi menenangkan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut dan Tajuddin menuju ke pejabatnya sambil berkata: “Tidak ada kena mengena dengan anak kamulah.”

Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh Datuk Sri Annuar Musa keluar dari Dewan Rakyat menenangkan Ismail dan mengajaknya berjumpa Tajuddin di pejabatnya. – MalaysiaGazette

Kategori