Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Warga Asing Ingin Ikuti...

KANGAR - Polis Perlis akan membuat tapisan ke atas semua warga asing yang...

Pendakwaan Ke Atas Azmi...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah pendakwaan yang dikenakan ke atas...

MAS Tawar Pengalaman Penerbangan...

SYARIKAT Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan pelanggannya peluang menaik taraf tempat duduk mereka dengan...

“Nur Fitri Kena Kahwin”...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Kelantan menyokong supaya pelajar Malaysia Nur...

Kenyataan MOT Bukti Najib Tak Sabotaj Pesawat Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak berharap jawapan dari Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung dakwaan pesawat yang dinaiki Tun Dr. Mahathir Mohamad disabotaj pada April tahun lalu membuka mata orang ramai.

Dalam ciapan Twitternya hari ini, Najib bertanya kepada rakyat terhadap insiden sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun lalu apabila Mahathir mendakwa ada pihak mensabotaj pesawat peribadi yang dinaikinya ke Langkawi.

“Lalu, buta-buta saya dimaki teruk dan digelar jahat, kejam, tak berhati perut dan sebagainya masa itu. Sila baca jawapan rasmi kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini, “tiada sebarang unsur sabotaj dikesan”,” katanya.

Pada 28 April tahun lalu, Mahathir mendakwa pesawat Bombardier Challenger CL60 yang dinaiki bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali adalah rosak dan tidak dapat dibaiki dalam masa singkat.

Pesawat yang disewa khas itu dijadulan berlepas ke Langkawi namun penerbangan dibatalkan oleh juruterbang setelah mendapati kerosakan pada pesawat boleh menjejaskan keselamatan penerbangan.

Mahathir ketika tiba di Langkawi ketika itu dilaporkan menyatakan, pesawat dinaikinya berkemungkinan disabotaj dan terdapat pihak yang cuba menghalangnya untuk pergi ke Langkawi.

Isu itu terjawab apabila Senator Siti Fatimah Yahaya pada persidangan Dewan Negara Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada Julai lalu meminta Menteri Pengangkutan menyatakan hasil penyiasatan dan tindakan diambil terhadap dakwaan Mahathir selaku Pengerusi PH yang disewanya telah cuba disabotaj oleh pihak tertentu.


Kementerian Pengangkutan dalam jawapannya memberitahu, pada 27 April 2018, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) telah diarahkan untuk menyiasat dakwaan mengenai pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr. Mahathir telah disabotaj oleh pihak tertentu.

Menurut kementerian itu, sejajar dengan arahan berkenaan, pada 28 April 2018, pihak CAAM telah menjalankan siasatan terhadap pesawat tersebut.

“Hasil siasatan CAAM melalui pengesahan terhadap rekod dokumentasi pesawat, pemeriksaan fizikal pesawat dan proses temubual juruterbang dan pekerja penyenggaraan pesawat, mendapati tiada sebarang laporan kerosakan dibuat oleh juruterbang, kecuali terdapat kebocoran udara dari bahagian tayar hadapan sebelah kiri pesawat.

“Pihak CAAM telah mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj dikesan berlaku ke atas pesawat berkenaan sepertimana yang telah dilaporkan oleh pihak media sebelum ini,” kata kenyataan jawapan yang dipetik dari kementerian itu. – MalaysiaGazette

Kategori