Monday, July 1, 2024

Creating liberating content

Tawaran Istimewa MAS Sempena...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tawaran istimewa bagi penerbangan antarabangsa dan...

Peringkat Akhir 5 ‘Ratu...

SHAH ALAM – Ekspedisi Eksklusif Wanita ke Antartika - ‘All Women Expedition to...

PM Lancarkan Siaran Digital...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini membuka...

M’sia, S’pura Komited Penuhi...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura komited untuk terus memenuhi obligasi mereka mengikut undang-undang...

Kerajaan Tak Cadang Kaji Semula Umur Bersara

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk menaikkan usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun buat masa ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Keputusan itu ditegaskan sekali lagi oleh Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran yang memaklumkan ia berdasarkan akta pekerjaan iaitu mereka yang bersara boleh meneruskan pekerjaan mereka mengikut tawaran oleh majikan.

“Berdasarkan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang dikuatkuasakan pada 2013 ke atas semua majikan sektor swasta di Malaysia menyatakan umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila mencapai umur 60 tahun.

“Bagaimanapun, seseorang pekerja itu boleh terus bekerja walaupun melebihi 60 tahun dan ia bergantung kepada tawaran kerja oleh majikan.

“Oleh itu tiada keperluan pada masa ini untuk meningkatkan umur persaraan kepada 65 tahun, itu pandangan kerajaan pada masa sekarang,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang meminta penjelasan adakah kerajaan akan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun pada masa akan datang yang mana langkah itu tidak optimum kepada kualiti dan perbelanjaan pengurusan.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar kerajaan meningkatkan had usia persaraan daripada 60 tahun sekarang kepada 65 tahun.

September lepas, Ketua Setiausaha Negara, Ismail Bakar pada majlis sambutan Jubli Intan Institut Perkhidmatan Awam Negara (Intan) ke-60 berkata kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan had umur persaraan penjawat awam daripada usia 60 tahun ketika ini kepada 65 tahun.


Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini juga menyatakan tiada keperluan bagi had usia persaraan sedia ada dilanjutkan kepada 65 tahun.

Sementara itu, menjawab soalan Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) mengenai persediaan kerajaan mengatasi tambahan pengangguran yang bakal berlaku dan apa tindakan kerajaan untuk mengatasi Revolusi Industri 4.0, Kula Segaran berkata kementerian mengambil beberapa langkah perlu.

Antaranya melalui penubuhan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kemahiran dan Bakat yang mana Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan diberi peranan sebagai pengerusi bersama.

Jawatankuasa di bawah Industry4WRD yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) itu bagi memperkukuh kompetensi sumber manusia dalam mengenal pasti pekerjaan yang bersesuaian dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 melalui jabatan dan agensi di bawahnya.

“Ia juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri bersama jabatan/agensi terlibat bagi memberi gambaran jelas berkaitan Revolusi Industri 4.0.

“Maklumat hasil perkongsian daripada sesi ini akan seterusnya digunakan untuk mengkaji dan meneliti keperluan tenaga kerja bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu,” katanya.

Kategori