Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AirAsia Terbang Dari KK...

KUALA LUMPUR - AirAsia Group Bhd. akan memulakan perkhidmatan dari Kota Kinabalu (KK)...

1.8 Juta Pengguna Internet...

PUTRAJAYA - Jumlah pengguna internet di Malaysia bertambah daripada 2.5 juta pada 2006...

Isteri Amy Search Akui...

BERIKUTAN laporan polis yang dibuat oleh pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad, kali...

Jangan Biar Pembangkang Ketepi...

KUALA LUMPUR - Kemajuan ekonomi negara adalah hasil kerja keras semua rakyat Malaysia...

Konvensyen PKR Sarawak Tetap Dibatalkan – Baru Bian

KUALA LUMPUR – Barisan kepimpinan PKR Sarawak enggan berganjak daripada keputusan mereka untuk tidak menganjurkan konvensyen parti peringkat negeri yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata keputusan yang dibuat itu mendapat sokongan majoriti daripada pemimpin parti negeri, sambil menambah mereka bersedia untuk dikenakan tindakan disiplin.

“Kami buat pendirian sebagai pemimpin negeri. Ini keputusan kami.

“Jika mereka fikir kami telah menentang perlembagaan, terpulang kepada mereka untuk memutuskannya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Minggu lepas, Majis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak dalam satu kenyataan membidas Pemuda PKR kerana membatalkan jemputan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali untuk merasmikan kongres sayap itu bulan depan.

Kenyataan bersama itu turut memutuskan selagi isu tersebut tidak diselesaikan secara adil mengikut lunas demokrasi, Konvensyen PKR negeri Sarawak yang dijadualkan Sabtu ini di Miri terbatal.


Baru kemudiannya menggesa kepimpinan pusat supaya menyelesaikan segera isu tersebut.

Pemuda PKR sebelum ini mendakwa Azmin tidak membalas surat jemputan untuk merasmikan kongres sayap parti itu selepas lebih sebulan dihantar.

Tempat Menteri hal Ehwal Ekonomi itu akan digantikan oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang mana ia dilihat melanggar tradisi parti. – FMT

Kategori