KINABATANGAN – Bangkai seekor lagi gajah Pygmy, yang ketiga, ditemui di Sungai Kinabatangan pagi semalam.
Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga ketika mengesahkan penemuan bangkai itu berkata, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kematian.
“Sepasukan anggota daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah dikerahkan untuk mendapatkan (bangkai) gajah tersebut agar bedah siasat dapat dijalankan.
“Sukar untuk menentukan bila dan lokasi sebenar gajah itu mati kerana haiwan itu ditemui terapung di Sungai Kinabatangan,” katanya.
Pada 25 September lalu, bangkai seekor gajah Pygmy ditemui di Sungai Dumpas, Kalabakan, Tawau dan satu lagi di sebuah ladang sawit di Beluran pada 19 Oktober.