Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sindiket Tawar Lesen Memandu...

KANGAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengesan sindiket mendapatkan lesen memandu secara mudah...

Agong Baharu Diketahui Esok

KUALA LUMPUR - Sembilan Raja Melayu akan bermesyuarat esok bagi memilih Yang di-Pertuan...

Ampang Park: Warga, Pengunjung...

KUALA LUMPUR - Ampang Park, yang mula beroperasi pada 1973, diketahui umum bahawa...

Perbicaraan Kes Rogol Bekas...

IPOH : Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan...

Lelaki Pakai Plakad ‘PH Janji Kosong’ Bikin Kecoh

PONTIAN – Seorang lelaki memakai plakad berwarna kuning di badannya mencetuskan kontroversi apabila cuba membuat provokasi ke atas penyokong Pakatan Harapan (PH) di hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pagi tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di hadapan pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming, Pekan Nanas di sini.

Sinar Harian difahamkan terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dengan sengaja melintasi kawasan penyokong PH yang berada lebih 50 meter dari hadapan kawasan pengundian itu.

Difahamkan, lelaki berkenaan memakai plakad bertulis ‘PH janji kosong’ dan tindakannya melintasi kumpulan penyokong PH mengundang kemarahan mereka.

Beberapa individu daripada kumpulan penyokong PH berkenaan kemudiannya mengejar lelaki itu dan memintanya menanggalkan plakad dipakai pada badan, namun enggan dituruti.

“Saya rakyat Malaysia, saya punya suka mau pakai apa,” kata lelaki itu kepada penyokong PH berkenaan.


Lelaki berkenaan kemudiannya terus berjalan melintasi kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) pada jarak 20 meter dari kawasan kumpulan penyokong PH sebelum diberi sorakan oleh mereka.

Bagaimanapun, terdapat tiga anggota polis kemudiannya mengejar lelaki terbabit dan mengarahkannya membuka plakad berkenaan kerana bersifat provokasi dan boleh mencetuskan ketegangan.

Beberapa anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya turut memberi amaran kepada lelaki itu atas tindakan provokasi dibuat dan memintanya beredar.

Keadaan kembali tenang setelah sekumpulan anggota polis hadir untuk mengawal keadaan. – Sinar Harian

Kategori