Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Sindiket Tipu Pelaburan: Cyberjaya...

CYBERJAYA - Sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar membabitkan warga China yang diserbu...

Khazanah Jual Hotel Di...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat 60% milik Khazanah Nasional Bhd., M+S Pte. Ltd....

Starbucks UK Ajar Barista...

RANGKAIAN kafe Starbucks di United Kingdom (UK) akan memberikan latihan tunjuk ajar kepada...

Kerajaan Mempunyai Hak Nasihat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mempunyai hak menasihatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau...

Mahathir Harap Dapat Cari Negara Lain Untuk Mu Sochua

PUTRAJAYA – Malaysia cuba mencari negara lain yang sanggup menerima pemimpin pembangkang Kemboja yang hidup dalam buangan, Mu Sochua, yang ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia tidak mahu ‘bergesel’ dengan kerajaan lain kerana ia bukan urusan negara ini.

Wanita berusia 65 tahun, yang juga naib presiden Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) yang diharamkan di negara itu, dilaporkan ditahan oleh Jabatan Imigresen ketika tiba di KLIA dengan menggunakan pasport Amerika Syarikat, hampir tengah malam tadi.

“Kami mahu mengusirnya tetapi ada orang minta dia datang ke sini….kini kami cuba mencari mana-mana negara yang boleh menerimanya.

“Oleh kerana mereka melakukan jenayah di negara lain, tindakan diambil (ditahan) bukan kerana jenayah yang mereka lakukan di sini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan) di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mu Sochua dihalang masuk ke Thailand selepas ditahan selama beberapa jam oleh pihak Imigresen negara itu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 20 Oktober lalu.


Kejadian berlaku menjelang kepulangan beberapa pemimpin pembangkang yang hidup dalam buangan termasuk pengasas CNRP, Sam Rainsy sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kemboja, Sabtu ini.

Ditanya mengenai pemimpin pembangkang Kemboja yang datang Malaysia untuk mendapatkan nasihat daripadanya kerana melihat Malaysia sebagai inspirasi mereka, Dr. Mahathir berkata pada dasarnya, anggota ASEAN tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara anggota lain.

“Kami tidak mahu mereka menggunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk memperjuangkan hak mereka di negara lain,” katanya.

Kategori