Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Nak Insafkan Penceroboh, Jiran...

DALAM sesetengah kes jenayah, mendidik itu lebih baik dari menghukum bukan?Nampaknya, tindakan tersebut...

SPRM Nafi Dakwaan Ada...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan berhubung...

PKP: Permohonan Buka Lebih...

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk lebih banyak sektor ekonomi dibuka sepanjang tempoh pelaksanaan...

DAP Bertegas Hukum Hudud...

KUALA LUMPUR - DAP mengulangi pendirian parti itu tidak bersetuju undang-undang Islam hudud...

Mahathir Nafi Beri Jawatan Pada Azmin, Anwar Ucap Terima Kasih

KUALA LUMPUR – “Terima kasih rakyat, Pakatan Harapan (PH) dan kepada Tun.”

Itu reaksi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengakui akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Dr. Mahathir berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama akhbar Australia, Sydney Morning Herald (SMH) di Bangkok, baru-baru ini, ketika ditanya sama ada jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Anwar dan bukan calon lain, termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas mengenai komplot cubaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri, Anwar memaklumkan tidak ada mana-mana pemimpin PH yang mengusulkan nama lain setakat ini.

“Keputusan dibuat sebelum pilihan raya, mandat dalam pilihan raya. Setakat ini tidak ada pimpinan PH yang mengusulkan nama lain.


“Tapi dalam politik, memang berlaku apa yang dipanggil ‘court intrigue’ (komplot dalaman), kita tak boleh halang.

“Tapi saya tak ada masalah, kita tumpu perhatian dalam urusan kerja,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Setiausaha PH mendakwa ada komplot mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), antaranya bertujuan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri. – BH Online

Kategori