Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

RM2.5 juta Untuk Kerja...

KUALA LUMPUR - Perunding politik, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah mengesahkan wang yang...

Cacing 2 Meter ‘Berumah’...

SEORANG lelaki berusia 48 tahun dari Kerala, India mendakwa dirinya berasa lesu dan...

Barisan Kepimpinan Pakatan Harapan...

LENGGONG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pembentukan barisan...

Pembangkang 2022 Pembangkang Paling...

Peningkatan kos sara hidup sedang membebani rakyat bukan propaganda. Ia permasalahan sosio kehidupan...

Mahathir Tegur MP Tidak Hadir Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini ditanya mengenai sikap dan komitmen sesetengah Ahli Parlimen (MP) sehingga menyebabkan sidang Dewan Rakyat tidak mempunyai korum mencukupi.

Perdana menteri berkata, itu kejadian pertama kali dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan MP berhubung perkara itu.

“Kami perlu berbincang dengan MP. Mereka amat tidak sabar untuk menjadi calon pilihan raya (tetapi) selepas dipilih mereka tidak bersikap yang mereka serius mahu berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 dan melancarkan Malaysia@Work di sini hari ini.

Semalam, sidang Dewan Rakyat pada satu ketika telah tertangguh disebabkan korum tidak mencukupi.

Mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Bilangan 13 (1), korum bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 MP dengan tidak termasuk pengerusi.

Kategori