Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hapus Riba Bayaran Balik...

PAS berharap unsur riba dalam pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...

545 Layak Undi Awal...

ROMPIN - Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Wanita Ini Tak Ada...

MENDAPATKAN tempat letak kereta kadangkala boleh menjadi satu mimpi ngeri dan tidak mustahil...

Mahkamah Tolak Saman Lucut...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman lucut hak berkaitan 1MDB yang difailkan kerajaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa ahli keluarganya.Saman serupa terhadap beberapa lagi individu dan entiti turut ditolak.

Malaysia Minat Dalami Industri Aeroangkasa Korea Selatan

SACHEON – Malaysia berminat mendalami kemajuan dan pembangunan industri aeroangkasa Korea Selatan, kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Bercakap semasa lawatan ke fasiliti pertahanan dan aeroangkasa Korea Aerospace Industries (KAI) di sini, Mahathir berkata, Korea Selatan mencatatkan kemajuan besar dalam bidang tersebut sejak beliau kali terakhir berkunjung ke negara itu sebagai perdana menteri pada 2002.

“Saya sentiasa berminat dengan pesawat pejuang dan pesawat buatan tempatan. Saya ingin melihat bagaimana ia beraksi dan kemajuan industri pesawat anda,” katanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif KAI Ahn Hyun-ho, yang menyambut ketibaan beliau ke fasiliti itu.

Mahathir, yang juga seorang juruterbang berkelayakan dan penggemar bidang aeroangkasa tiba di fasiliti pertahanan dan aeroangkasa itu sekitar pukul 10.30 pagi waktu tempatan dengan menaiki helikopter.

Sacheon terletak kira-kira 100 km dari Busan, bandar raya yang menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Korea Selatan 2019 yang akan dihadiri Mahathir.

Mahathir meluangkan masa lebih dua jam di fasiliti itu dengan pertemuan kira-kira setengah jam bersama para pegawai tertinggi dan kemudiannya melawat fasiliti tersebut di mana beliau diberikan taklimat mengenai pesawat tempur ringan (LCA) KAI FA-50 Fighting Eagle.

Turut mengiringi beliau semasa lawatan tersebut ialah Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking; Duta Malaysia ke Korea, Mohd Ashri Muda; dan Atase Pertahanan Malaysia di Seoul, Mohd Sobirin Mohd Yusof.


Malaysia ketika ini sedang mempertimbangkan pilihannya bagi LCA dan dijangka secara rasmi melancarkan usaha pemerolehan untuk bergerak seiring dengan kemajuan dan teknologi canggih.

Menurut jurnal pertahanan, Jane’s Defence Weekly, tentera udara Malaysia (TUDM) merancang untuk mendapatkan 36 LCA dengan pilihan bagi 26 lagi untuk melengkapkan kumpulan pesawat pejuang Hawks, Sukhoi SU-30MKM dan FA-18D Hornets yang ada sekarang.

Kelulusan kerajaan dijangkakan pada suku pertama 2020.

Antara jenis LCA lain yang dipertimbangkan oleh TUDM selain KAI FA-50 Fighting Eagle, adalah Hindustan Aeronautics Limited (HAL) Tejas; Leonardo M-346; Aero Vodochody L-39NG; CAC L-15A/B; CAC/PAC JF-17; Saab Gripen; dan Yakovlev Yak-130.

Kategori