Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

How-To Create A Connection...

His self less sacrifice to do his targets really signifies that Martin Luther...

Buku Beri Penjelasan Isu...

KUALA LUMPUR - Buku berjudul '1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab' dan 'Himpunan Baju...

Lelaki Perkosa Nenek 101...

Milwaukee (Amerika Syarikat) - Seorang penjenayah memberitahu polis dia merogol seorang nenek berusia...

PM Ke Manila Untuk...

DA NANG (VIETNAM) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas dari...

Masalah Teknikal Punca Bayaran Bantuan JKM Lewat – TPM

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan kelewatan pembayaran Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi November tidak akan berulang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan terbabit sudah pun diluluskan tetapi mengalami masalah teknikal membabitkan prosedur hingga mengganggu pemindahan ke akaun penerima.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bantuan akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima, Khamis ini.

“Kita memohon maaf dan masalah akan selesai sebelum 10 November ini.

“Perkara ini akan ditambah baik bagi memastikan ia tidak berulang,” katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Mengenai Inklusi Halal Anjuran Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Bank Pembangunan Islam di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Zulkifli Ismail memaklumkan 484,828 penerima bantuan kebajikan Persekutuan akan mengalami kelewatan bantuan bagi bulan ini, berpunca daripada masalah teknikal. – BH Online

Kategori