Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Warga Kampus UKM Nikmati...

KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penyedia telekomunikasi, Maxis Bhd menjalin...

Adi Putra Terkejut Jumpa...

PELAKON kacak, Adi Putra meluahkan perasaan terkejutnya selepas berjumpa secara tidak sengaja dengan...

Masjid Jamek Idris Iskandar...

IPOH - Kerajaan negeri menyumbang RM500,000 kepada Masjid Jamek Idris Iskandar Shah I,...

Siapa Gerangan ‘Uncle Robert...

BARU-BARU ini satu rakaman video memaparkan gelagat seorang warga emas dan budak kecil...

Menteri Sangkal Kenakan Syarat Permit Pertengahan Kempen

KUALA LUMPUR – Seorang menteri semalam menyangkal dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat perlu mendapatkan permit untuk program tinjauan mesra pada pertengahan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, SPR telah menetapkan syarat itu sebelum kempen bermula.

Untuk menjustifikasikan kenyataannya, beliau berkata, 42 permit bagi tinjauan mesra diluluskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari penamaan calon itu sendiri pada 2 November.

“Juga pada hari itu, SPR telah mengadakan mesyuarat dengan semua ejen dan wakil calon berhubung perkara itu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Vui Keong menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mahukan penjelasan sama ada arahan supaya calon perlu mendapatkan permit bagi mengadakan tinjauan mesra dibuat secara malafide (niat jahat) kerana dimaklumkan pada pertengahan kempen.

Menteri itu juga berkata, semua calon parti telah dimaklumkan untuk menyatakan jenis program ataupun aktiviti secara jelas di ruangan borang permohonan permit kempen pilihan raya yang disediakan pihak polis.

Kategori