Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Rakam Bawah...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan melibatkan bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk...

PM Dedah Rahsia MRT...

PUTRAJAYA - Fasa dua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang bakal dilancarkan...

Lebih 20,000 Hadir Ceramah...

BIARPUN hujan lebat membasahi bumi Kuala Lumpur, ribuan penonton tetap memenuhi ruang tempat...

Ramai Setuju Sekatan Pergerakan...

KUALA LUMPUR - Sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang berkuat kuasa selama dua...

MH360 Ke Beijing Berpatah Balik Ekoran Masalah Gear Pendaratan

PUTRAJAYA – Penerbangan Malaysia Airlines MH360 pada 9 November yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu terpaksa berpatah balik ekoran masalah gear pendaratan.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata, demi keselamatan penumpang, kapten pesawat membuat keputusan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pesawat itu mendarat dengan selamat pada pukul 9.03 malam pada hari yang sama dan sedang diperbaiki oleh jurutera.

“Penerbangan MH360 kemudian ditukar dengan pesawat lain, berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.30 pagi 10 November dan tiba di Beijing pada pukul 6.35 pagi pada hari yang sama,” menurut syarikat penerbangan itu.

Malaysia Airlines berkata, makanan ringan disediakan untuk semua penumpang dan syarikat penerbangan itu juga mengatur semua penerbangan sambungan seterusnya.

“Keselamatan adalah keutamaan nombor satu Malaysia Airlines pada setiap masa pihak kami menyesali kesulitan yang dihadapi penumpang,” tambah kenyataan itu.

Kategori