Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Arked Niaga Padang Besar...

"KEPADA Majlis Perbandaran Kangar (MPK), mohon tolong tengok sat berkaitan pengusaha gerai makanan...

Mahkamah Tetapkan 19 Jun...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 Jun depan...

Pesawat Rusia Bawa 224...

SEBUAH pesawat komersial Rusia yang membawa sejumlah 217 penumpang dan tujuh anak kapal...

Kapal Angkasa China Rakam...

BEIJING: Selepas mengelilingi planet Marikh lebih 1,300 kali sejak awal tahun lalu, akhirnya...

Pembangkang Desak PM Nasihatkan Agong Pecat Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Blok pembangkang hari ini mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ia susulan pembatalan dua pertuduhan baharu wakil rakyat DAP berkenaan isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Tommy sering melanggar kedaulatan undang-undang dengan menggunakan kuasanya untuk campur tangan kes mahkamah tanpa alasan kukuh.

Jika sebelum ini Tommy menurut Ahli Parlimen Bera itu pernah menggugurkan kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sewaktu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan campur tangan prosiding inkues anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kasim kini yang terbaru berkaitan LTTE pula.

“Blok pembangkang kesal tindakan Peguam Negara menarik balik kes tuduhan terhadap Ahlid Dewan Undangan Negeri daripada Negeri Sembilan (ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran) di dalam LTTE.

“Tanpa sebarang alasan begitu membuatkan kita tertanya-tanya dan keresahan, apa alasan Peguam Negara menarik balik kita menuntut Peguam Negara memberikan penjelasan apa alasannya.

“Sebab itu kita harap Perdana Menteri mengambil tindakan menasihatkan Agong, kalau boleh minta supaya Peguam Negara berundur secara terhormat atau dipecat daripada jawatannya,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen hari ini.


Ismail turut menggesa Tommy tampil memberi penjelasan terhadap tindakannya itu.

“Kita blok pembangkang mendesak Peguam Negara beri penjelasan kerana terlalu banyak kes bertentangan dengan kedaulatan undang-undang,” tambah Ismail.

Bagi beliau, pembatalan dua pertuduhan baharu itu merupakan tamparan hebat kepada polis yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas mereka membuat siasatan dan tangkapan 12 individu sebelum ini.

“Kita menganggap ini tamparan hebat kepada polis yang jalankan tugas secara profesional, buat tangkapan, tapi akhirnya apa yang dilakukan polis tidak diambil kita pihak Peguam Negara,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori