Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Baru 5 Hari Tayang,...

DI sebalik kelembapan jualan tiket filem tempatan, filem terbaharu karya pengarah Mamat Khalid...

JAWI Tangkap 18 Individu...

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menangkap 18 individu kerana tidak berpuasa...

Saya Yang Tak Lulus...

KUALA LUMPUR - Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar menjelaskan beliau yang...

AS Kenakan Sekatan Baharu...

WASHINGTON – Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan akan mengenakan sekatan baharu terhadap...

Pembangkang Tak Tolak Wujud Kerajaan Alternatif – Annuar

KUALA LUMPUR – Pembangkang tidak menolak mewujudkan kerajaan alternatif berikutan kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengurus negara dan berada dalam keadaan tidak stabil.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pembangkang bersetuju untuk tidak mewujudkan kerajaan pintu belakang dalam peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Setuju tiada kerajaan pintu belakang, walaubagaimanapun pembangkang tidak menolak kerajaan alternatif oleh kerana PH terus gagal mengurus negara dan PH terus tidak stabil.

“Yang penting rakyat dibela dan negara terus diutamakan,” kata menerusi Twitter beliau hari ini.

Komen berkenaan menyusul selepas media tempatan melaporkan wujud percubaan pembentukan kerajaan pintu belakang sejak akhir-akhir ini melibatkan pemimpin PH dan UMNO.

Pertemuan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan wakil rakyat UMNO pada 18 November didakwa membincangkan isu “kerajaan pintu belakang” dan usaha mempertahankan Dr. Mahathir.


Sinchew Daily melaporkan, pertemuan yang diaturkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bukan sekadar mengenai peruntukan kepada kawasan sahaja seperti yang dikatakan sesetengah pihak.

Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Tanjung Piai menimbulkan kebimbangan bahawa Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantas, Azmin dikatakan bersama Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertindak segera membentuk “pakatan” untuk mempertahankan kedudukan Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette

Kategori